Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, October 13, 2018

Siapa benarkan dia menjaja di sini?

Dah doktor kata saya perlu exercise,
maka saya akur...
Hari ni setelah berpuluh tahun saya tak keluar jogging or briskwalking,
Saya heret diri untuk ke taman rekreasi berdekatan.
Dah siap parking kereta, tukar selipar ke kasut sukan,
saya mula menapak.
Lenggang kangkung.
Melangkah perlahan lahan sambil tgok orang.
Orang muda muda memang la..
Berlari anak, kejap laju, kejap perlahan.
Saya macam lori lebih muatan,
Lepas satu, satu makhluk tuhan yg lebih laju
Mendahului saya.
Ok fine..u go ahead, no problem.
Peluh mula menitik
Kaki dah tak nak melangkah.
Kena paksa baru rela.
Mata mencari kerusi atau apa2 saja yg boleh jadikan kerusi.
Duduk. Lega.
Sambung aktiviti tengok orang.
Perhatikan segala pergerakan
Zuppppp!
Mata tertumpu di sana.
Cepat kaki menarik hati ke sana.
 "Dik, goreng pisang 2 hinggit, tapai goreng 2 hinggit, air teh o beng 1."
Punahhhh...!
Apalah si budak penjaja tu, kacau lah!
Kan dah rosak niat murni saya nak kikis lemak di badan.
Tolong pulissss, tangkap budak penjaja tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...