Kul 3 baru lelap
Kul 5 dah sedar, dah butang mata.
Tua macam ni macam2 keistimewaan dah ditarik balik.
Nikmat tidor salah satu nya.
Tak apa lah, redha saja.
Ada hikmat nya.
Tuhan sayang lah tu,
Dia nak kita mampu bertahajjud tanpa
rasa berat nak turun dari katil empuk.
Dia nak dengar suara kita baca ayat2 suci alquran
di malam hening sewaktu org lain di buai mimpi.
Dia nak kita qada solat2 yg kita pernah
abaikan sewaktu muda..
Dia nak kita dekat dgn Nya.
Bila terkebil kebil sorang sorang begini,
Macam2 tajuk bermain dalam kepala
Macam2 bayangan hari2 kelmarin menerpa minda
Kadang2 otak mencaturkan langkah esuk.
Berteka teki apa bakal menanti..
Nasib batu tenggelam
Nasib sabut timbul
Hmm...Terserah kepada ihsan Tuhan.
Dia yang pemurah, yg penyayang.
Ar Rahman, ArRahimm...
Dah nak subuh lah
Tersimpun atas sejadah dari tadi
Kaki rasa dah kebas..
Airmata dah byk tumpah
Azan menandakan bermula nya hari baru
Perjalanan baru utk hari ni..
Ku mulakan langkah pertama dgn bismillah..
Dan alhamdullilah kerana nyawa masih bersisa.
No comments:
Post a Comment