Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 12, 2019

Cho

Tu nama dia
Seorang wanita separuh usia
Muda beberapa tahun saja dari saya
Dia saudara saya yg paling rapat dgn saya
(Dulu rumah ayah kami berjiran)
Kami rapat,membesar bersama.
Teman sepermainan, teman kelahi, teman kamceng.
Teman waktu hati pecah juga.
Meh sini, saya nak crita pasal Cho nih.
Cho garang.
Suka bebel.
Hujung minggu dia selalu datang.
Dia rajin bantu saya urus rumah saya.
Pagi2 dah sampai.
Masuk jer mula lah...
" Eh, bila pulak perabut ni berubah tempat?. Kalau aku jadi perabut, aku boikot dah. Asyik di heret ke sana ke sini..."
Tu ayat pertama dia kalau dia dtg selepas saya ngemas susun atur perabut.
" Mana pergi penyapu? Sangkut kat mana pulak? Takleh ke biarkan penyapu tu duk di tempat sama, pening lar mencari cari ni..."
Tu ayat kedua dia.
Pot pet pot pettt...
Saya buat2 tak dengar.
"Coh, dah breakfast lum? Nak makan apa, hani keluar belikan sambil ke pasar"
Saya cuba ubah tajuk.
" Tak payah duk membazir beli bagai, tu dlm peti ais tu berlambak makanan. Panaskan yg tu jer. Nak gi pasar buat apa? Bukan dah ada lauk2 mentah dlm freezer? Masak yg tu pun dah cukup"
Pulak.
Saya jugak yg tak kena nih.
Dia jugak yg sentiasa betul.
Cho, jgn garang sgt boleh tak?
Senyum sikit boleh tak?
"Hani, cer kamu gi tidor, rehat. Aku tgok kamu ni mcm lipas kudung. Ada jer kerja nak buat, sekejap keluar sekejap masuk, sekejap keluar lagi..tak reti duk diam ke?"
Aikkk?
Naper pulak saya yg kena marah nih?
Bertenang Cho bertenang...
Buatlah apa yg kamu nak buat.
Cho ni walau garang rajin sangat, kalau dia dtg habis segala kerja mengemas dia buat.
Mengemas sambil pot pet pot pet...
2 in 1.
Hentam jer lah labu.
Jangan tak datang dah.
Kalau dia tak dtg terasa sunyi, teringat gelak tawa dia dan cerita membawang dari dia.
"Cho, malam ni tidor sini ke nak balik?"
Ayat rutin saya bila nampak dia dah selesai mengemas dan duk mengadap makanan di meja makan.
"Tidor sini kot"
Yes!
Suka sgt kalau dia bermalam di sini.
Ada teman kongsi cerita
Kongsi duka
Kongsi tawa.
Itu lah Cho, seorang sedara yg memahami saya dan tau segalanya tentang saya.
Duit boleh di cari...
Teman sejati tak boleh dijual beli.
"Hani, kalau kamu ke pasar tani, belikan aku seluar warna hitam, jgn yg sendat dah. Beli baju matching sekali boleh?"
Yer lah yer lah....cukup jawap setakat tu jer. Kalau jawap panjang2 pun buat kena bedil jer.
Makcik ni demanding tul lah!
Nak tgok foto dia...jap nak cari....
Tu diaaaa......
Cho yg saya sayangi.
I labiU Cho.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...