Kalau dia berbisik tu tanda
Ramadhan dah dekat
Yusuffff toiyubbbb......
Memang dah dekat dah
Dah terasa kehadiran dia makin hampir.
Tadi kat masjid, ada ceramah pasal Ramadhan.
Masjid2 dah bersedia untuk aktiviti di bulan Ramadhan.
Tanah kubur dah di bersihkan
Telekung untuk solat terawikh dah ready.
Esuk taddarus sempena Ramadhan dah nak mula.
Mula awal gitu.
Yang heran nya...
Ada juga yg kedepan...fikiran maju kedepan.
Bukan Ramadhan yg dinanti, lebih pada tunggu nak raya.
Dah siap biskut raya bagai.
Dah tempah baju raya
Dah berkira kira nak masak apa untuk tamu di hari raya nanti.
Hamboiiii.....Ramadhan baru nak dtg,
Syawal pulak yg di tunggu tunggu.
Kalau yer pun bawak bersabar ya.
Kita hadapi kemuliaan Ramadhan ni dulu
Kita hidupkan malam2 di bulan mulia ini
Kita cuba lebihkan ibadah, cuba.
Ni tidak, Syawal juga yg di kejar.
Meh sini nak tanya...
Awak yakin ke usia awak tu panjang hingga ke Syawal?
Mana tau mati dlm bulan puasa.
Tak sempat raya.
Mana tau kannnn....
Bukan mengata orang, ingatan untuk diri sendiri jugak.
AHLAN WASAHLAN WAHAI RAMADHAN ALMUBARRAK.
1 comment:
Kurang 2 minggu ramadhan tiba..moga ramadhan ini menjadi madrasah kita tingkatkan ibadah dan ketakwaan..moga kita juga sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk terus beribadah baik sebelu,semasa dan selepas ramadhan.Aamiin.
Post a Comment