Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, May 29, 2019

Si bongsu

Dia suka masak
Mujurlah ada yg akan mewarisi ilmu memasak saya nanti.
Dari darjah 3 dia dah boleh hasilkan kek dan biskut yg enak.
Kagum dengan skill dia tuh.
Anak2 lain bukan saya tak ajar, tapi
mereka memang tak minat memasak.
Sekadar masak untuk makan hari2 saja.
Anis ni lain, dia curious.
Apa yg saya masak, semua dia nak belajar.
 Ini kuih ros yg mudah...mudah pun kena ada skill jugak.
Dia selambe jer buat cara dia.
Menjadi pulak tu.
Saya guide, bagi resipi dan yg seterusnya dia handle.


Ni Stuffed boneless chicken.
Sekali ajar dah boleh buat.
Saya dulu first time diajar mak,memang hancur ayam tu.
Kagum dgn dia.
 Roti jala..
Nak berapa? 100? 200?
Bagi Anis no problem.
Sorang2 tak perlu pembantu
Sedap pulak tu.
Kelmarin dia buat kulit pietee
Nak makan di akhir Ramadhan bila adik beradik berkumpul.
Sukanya saya bila ada anak yg akan mewarisi semua resipi turun temurun.
Bila saya dah tak ada sekurang kurangnya Anis boleh masak seperti saya masak.
Saya dah ajar dia hampir semua menu
Dan dia telah buktikan dia mampu masak.
Nasi dangang, rendang, kuah kacang, sate ...
Segala jenis makanan barat dan oriental.
Puddings, cakes,cookies, pencuci mulut tempatan..
Hmm...endless list.

Anis, teruskan lah ...
Mummy tak ada harta nak di pusakai
Ini lah saja harta mummy..ilmu memasak.
Nanti bila Anis dah ada anak,
perturunkan lah...
Memenafaatkan ilmu.

Wei...yg lain tu, si kakak2, si abang2.....
Cer tengok adik kamu.
Kamu bukan main lagi yer.
Nak makan senang jer...
" Nis, masak kuzi roti jala buleh? "
Dan Anis.....
Tak pernah cakap tak boleh.
Untung la kamu semua yer.

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alhamdulillah, beruntungnya Anis kerana mewarisi ilmu memasak mummy yang tidak ternilai harganya. Anis memang berdikari sejak dulu, kan. Jiwanya kental dan kesabarannya tinggi. Tahniah, Anis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...