Nasib baik saya tak masuk calon,
Kalau masuk calon, sah hangus wang pertaruhan.
Tadi saya tanya budak2 dalam kelas tu..
"Cikgu mana yang paling awak suka kat sekolah ni....?"
Ada cakap Cikgu Rafidi.
Ramai yang cakap Cikgu Besar
Mencalonkan Ustazah pun ada.
Cikgu Muzik lagi lah ramai yg sokong.
Sorang pun tak sebut nama saya...
Begini lah nasib diri ku yang malang, Oh Tuhannnnnn....
Cedih ticer tau!
Tu pasal la,
Len kali jangan suka marah marah.
Ni masuk kelas tak der kerja lain, bebel 14 bakul.
Dah la kat rumah mak dia dah bebel berlonggok2
Datang sekolah kita tambah lagi berbakul bakul.
Mau nya nak undi kita.
Saham merudum tul lah hari ni.
1 comment:
lain kali cer tanya.. cikgu mana yg paling awak tak suka cer tengok rating kat mana hehe
Post a Comment