Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 19, 2013

Tak payah nak lebih lebih..

Saya tengok dia menjaja kueh.
CheMunah namanya.
Dah berapa kali pilihan raya,
dia masih macam tu.
Menang lah parti mana pun,
kueh nya tetap laku.
Tengah hari dia pulang dengan senyuman
bawa sedikit tepung dan santan,
pagi esuk buat kueh lagi,
menjaja lagi,
hari hari.
Mengundi tetap mengundi

Moktar tukang sapu
plastik sampah dan selipar getah
penyapu dan kereta sorong
sentiasa menemani nya.
Poket tak pernah penuh
tapi dia tak pernah meminta minta
Tidak pernah lupa mengundi bila tiba masa
Tapi dia tak kisah siapa yang memerintah,
kerana bagi Moktar,
Kerja dia tetap serupa.

Jiran saya berniaga besar.
Mewah dari dulu
Duit seperti air,
sekejap terbang ke sana,
sekejap ada di sini.
Projek juta juta tetap ada
Dia undi siapa hanya dia yang tau
tapi yg saya tau,
Dia tetap kaya raya.

Saya?
Bangun pagi mulakan rutin yg sama
Kelmarin atau esuk serupa saja
Hantar dan ambik anak dari sekolah,
urus rumahtangga.
Tanggung jawap tetap tanggungjawap.
Dah berapa kali keluar mengundi,tapi saya masih macam ni dan bahagia begini.
Menang ke kalah yg saya pangkah,
saya masih begini.
hari2 saya tetap begini,
tetap menjadi wanita yg tidak sempurna mana.
tetap menangis bila hati terluka
tetap ketawa bila lawak mencuit hati
tetap harapkan yg terbaik buat semua
tetap doakan kebahagiaan untuk kita

Sokong biarlah berpada
Tak sokong pun jangan sampai buat dosa.
Orang jadi wakil rakyat,
Awak jadi apa?
Tak payah nak lebih lebih lah...
Kecuali lah kalau awak ada agenda tersembunyi...
Kwang kwang kwangggg.....





8 comments:

Kakcik said...

Assalamualaikum.

Kakcik masih terfikir, adalah kakcik akan mendapat kenaikan gaji?

Granny Hani said...

Kakchik, kita ni serupa..Kita doakan keamanan saja, biar kita boleh kais pagi makan pagi dan terus berkais sampai senja.

Nurul Ain said...

Sangat suka post kakak kali ni!Syabas kak...teruskan menulis

Ezza Muffinbiru said...

saya suka para yang last tu..

Sokong biarlah berpada
Tak sokong pun jangan sampai buat dosa.
Orang jadi wakil rakyat,
Awak jadi apa?
Tak payah nak lebih lebih lah...

Hidup cikgu!

Granny Hani said...

Nurul Ain,
Hakikatnya memang macam ni kah akak ni..Pru ke berapa pun akak masih macam ni...

Granny Hani said...

Ezza,
Kesian kan tengok orang sanggup gadai persahabatan dan persaudaraan kerana nak tunjuk sokongan kepada orang yg entah kenal kita ke tidak kalau dia menang nanti..

muhaini said...

Sokong 100%!!

Granny Hani said...

Muhaini,
berpada pada lah kan, nyampah jugak tgok org yg terlampau taksub..pantang jumpa asyik nak berkempen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...