Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 1, 2013

Kelas malam sudah bermula...

Malasnya nak keluar hantar anak ke sekolah malam2 begini.
Kelas tambahan.
Adoii....
Bila kita tengok dia beria ia nak belajar,
kesian pulak.
Ni kes mak lebih malas dari anak ni.
Mungkin kerana saya dah seharian kat sekolah,
maka untuk ke sekolah lagi sekali di belah malam amat berat.
Tapi bagaimana pula dengan kawan2 saya yang mengajar kelas tambahan tu?
Tahun berganti tahun mereka duk curahkan bakti tanpa merungut pun
Saya hanya sekadar hantar anak dan ambik anak.
Pun dah bising dah, walhal tahun ni baru anak ada kelas malam.
Kata kawan saya yg saban tahun duk mengajar belah malam ni..."Kami bukan nak komplen pasal kena ngajar, kami memang sukarela tapi yg geram nya, mak bapak datang ambik anak lewat benar. Kami ni perlu pastikan semua murid balik baru kami boleh balik..Kadang tu jadi macam operator, cukup masa kena call baru datang ambik. Dah call pun kalau yg kat kedai kopi tu, mereka habiskan kopi dulu, yg sedang ulas topik2 hangat tu, tunggu tukar tajuk baru nak dtg ambik anak. Yang tertidor pun ada, yg lupa anak kat sekolah tun ada..."
Hehehe...Nak tergelak jugak, ada ke patut macam tu.
Kesian cikgu2 tu kan?

Ok lah, saya nak keluar tunggu anak saya depan sekolah dah ni..
Saya tak nak menyusahkan cikgu2 dia.
Terima Kasih cikgu.

1 comment:

Unknown said...

guru juga yg lebih memahami guru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...