Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, April 7, 2013

Setiap kali nak pilihanraya saya dapat soalan cepumas.

Saya hanya pemerhati dalam diam.
Tapi hubby saya dari keluarga yang aktif berpolitik.
Tiba musim gini, soalan yg dia tak miss tanya kat saya ialah "Kalau saya masuk calon, awak undi saya tak?"
PRU ke berapa pun, ini lah jawapan skema dari saya.,
'Undi itu rahsia lah awak..."
Dah 30 tahun awak duk tanya soalan bermotifkan angan2 ni.
Tak bosan ke?
Awak tau tak,
Kalau awak masuk calon,
parti mana pun yg akan awak wakili,
saya tak akan undi awak tau!
Sebab nya?
Sebab nya saya ni hanya nak jadi isteri seorang kuli gomen, bukan politician.
Kalau saya nak jadi isteri menteri, dulu2 lagi saya kawin dgn menteri.
Itu pun kalau ada menteri yg nak kawin dgn saya laaa......
Kwang kwang kwang...!
Itu lah, sapa suruh tanya soalan cengitu?
Kan tak pasal2 dapat jawapan yg menghiris kalbu.
Tanya lah lagi kalau brani....
Dia berani
Esuk sah akan dia akan tanya lagi...
Huhuhuhuhuuu...Sungguh laaa., tak leh tgok org cenang lah awak nih.
By the way, saya tanya sikit boleh tak...
"Eh, parti mana yg nak calonkan awak nih, untuk PRU ke berapa? PRU20?..."
Eleh, buat2 tak dengar lah tu...



2 comments:

keluarga-amri said...

IM tak pernah berangan nak jadi politikus!

Kamariah Awang said...

Hehehe... gelihati jugak saya... Buat tak dengar yer?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...