Senyuman2 ini
Wajah wajah ini,
Suara suara ini,
Penawar sepi ku
Jari2 yg sentiasa ku genggam
Mata yg memandang tanpa dendam
Semua ini bakal ku tinggalkan
Telah terlurut masa bersama mu
Selamat tinggal separuh dari hidup ku
Jadilah dewasa tanpa ku
Suatu hari nanti
Bila berselisih bahu,
Cukup membahagiakan ku
Bila di bibir mu tersebut panggilan
'Cikgu'
Hari ini kita sudah berada di ruang yg berbeza.
Salam sayang ikhlas dari hati seorang guru tua.
3 comments:
selamat bersara cikgu, moga bertambah2 bahagia bersama-sama keluarga tercinta, amin!
cikgu dah nak bersara? kami juga akan menyusul juga...
semoga cikgu sihat dilindungi olehNya.
Tidak akan hilang panggilan itu kerana ia juga sudah tertulis.
Post a Comment