Selepas tamat majlis persaraan saya di sekolah,
Seluruh warga sekolah saya jemput ke rumah.
Dipersilakan menjamu selera..
Mana tau selepas ini bila saya sudah jauh di mata,
Kalau pun saya jemput, entah2 tak siapa sudi dah datang makan2 bersama saya.
Jangan macam tu k,
Jemputlah makan..
Jemput lah minum..
Pilihlah hidangan ..
Kita pernah makan semeja malah se pinggan pun pernah juga
Hari ni hari terakhir kita jamu selera bersama sama.
Seronok sungguh bila ramai2 begini.
Hari ini menanam jagung
Hari esuk menanam serai
Hari ini kita sebumbung
Esuk sah lah kita bercerai..
Kalau ada jarum yg patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Kosong kosong dari hati
2 comments:
salam..
lama sungguh tak singgah.. tup2 dah bersara lah ye.. selamat datang ke dunia pesara.. banyak kelebihan tuu..
saya juga lama tidak menyinggah di sini...bila buka-buka cerita tentang persaraan...selamat bersara!Semoga diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan ini...
Post a Comment