Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, August 29, 2014

Salam terakhir dari seorang 'Ticer'

Bersejarah lah turun naik tangga.
Berkulatlah dakwat dlm pena ku
Tumit kasut tidak lagi haus terpakai
Baju tidak lagi koyk kerana tersangkut di meja budak.
Tidak ada ucap selamat pagi
Assalamualaikum cikgu, sudah tiada.
Aku juga sudah bisu dari ucapan harian ku,..
Mornin classsssss....
Answer me..
Stand up!
Shut up!
Good boy
Come here
No! No! No!
Out!
Wei budok kecik, tulis2 laaa...
Serabut perut wehh, acu main jauh sikit!
Selamat tinggal tadi adalah selamat tinggal terakhir.
Adam, kamu jgn kencing dalam kelas lagi,
Hakim, simpan sedikit cerita, penuh telinga ticer
Aqasyah, soalan2 dari mu yg bertimbun sudah tidak mampu ticer jawap.
Hafiz, orang laki2 jgn kuat merajuk.
Dania, sampai akhirnya ticer x dengar suara kamu
Farah, bising nya kamu mengadu setiap masa
Affan, cantik nya kamu, besar nnti ticer pinang buat menantu.
Bersara lah saya.
Bukan lagi cikgu tapi bekas cikgu...

4 comments:

Ibu n Abah said...

Selamat bersara cikgu....
Psst
Byk nak kena buka hadiah tu...
7hari 7mlm juga tu.....
Apapun cikgu sudah berjasa pd anak2 murid dan hanya ALLAH saja yg membalas kasihsayang dan tunjuk ajar cikgu.....
Ilmuyg berterusan.....

Nizam.Ariff said...

Sedih kak...
Beralih kpd episod kehidupan baharu..
Berpindah rumah pun tak mcm ni sedihnya...masih ada seronoknya. Tapi ini tidak.

Mohd said...

Do you know why you are retiring rich? That is because you are leaving with priceless gifts of your students' respect, memories, loyalty and love for you. Welcome to a phase of your life when you will not associate numbers with grades, bells with classes and a marker pen with a whiteboard. Welcome to retirement. Congratulations.

N.B. : I'll be in the same boat as you in two and half years' time.

makcu B said...

Bangun pagi Isnin nanti, berlapang dada,cerah minda..... Seronoknya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...