Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, September 23, 2018

Ada kawan hari ni

Seperti saya janjikan
Pagi tadi saya ke pusara dia lagi.
Assalamualaikum wahai ahli kubur...
Saya datang ni...

Hari ni saya bawak bangku plastik.
Marin duduk alas tikar buat kaki saya kebas.
Saya bawak cangkul kecil buat kuis2 rumput.
Bawak pokok bunga nak tanam tepi pusara.
Kiri kanan bimbit barang masuk ke perkarangan pusara.

Masa tiba di pagar tanah perkuburan tu,
Terserempak dgn seorang wanita sebaya saya.
Saya senyum, dia senyum.
Nampak ceria.
Rasa2 dalam hati kami serupa.
Tak ceria mana sebenarnya.
Dia bawak surat khabar.
Untuk alas duduk kot.
Bawak pokok kaktus kecik.
Bawak sekampit batu hiasan
Dia pun kiri kanan bimbit barang.
Cuma barang2 yg dia bawa tak serupa dgn yg saya bawa.
Hanya satu persamaan kami.
Kami sama2 usung rindu dalam hati.

Saya duduk di sudut ini
Dia duduk di sudut itu.
Kebetulan dekat.
Sambil kemas pusara saya macam biasa la
berbicara dlm hati
Kongsi segala dgn penghuni pusara ini.
Mengadap surah yassin dan
Mendoakan yg baik baik
Sekali tu mata saya terintai wanita itu
Nampak dia menangis, menyapu muka dgn kain tudung.
Tiba2 mata kami bertentangan.
Saya berbahasa isyarat
Sabar lah, tak baik menangis di pusara
Dia terus menangis, tutup muka dgn jari.
Saya biarkan dia.

Saya dah siap kemas pusara.
Doa pun sudah.
Opocot!
Terkejut saya.
Entah bila dia dtg duk sebelah saya.
Dia senyum dan usap belakang saya.
"Sabar lah...."
Kata dia.
"Saya menangis tadi, tak tahan tengok awak sedu sedan sandar kepala di nisan"
Opssssss....!
Rupanya dia lebih dulu memerhatikan gelagat saya.
Saya ni bukan main lagi nak tunjuk kuat tabah gagah.
Siap pujuk dia lagi..
Rupanya kantoi!
Dia menangis kerana saya.
Dan sekarang kami nangis sama sama.

Jom la pulang.
Matahari sudah menggigit kulit.
Terima kasih berkongsi duka
Mengubati sedikit saja pun tidak apa.

Rupanya pusara yg sunyi sepi
menjadi saksi dukalara insan2 yang ditinggalkan
seperti kami.





2 comments:

#JMBELOG said...

Semoga tabah menghadapi dugaan ini

Anonymous said...

semoga puan kuat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...