Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, October 17, 2018

Jangan takutkan saya.

Seperti biasa pagi2 saya ke situ.
Hari hari atau paling tidak selang sehari.
Tapi akhir akhir ni saya jadi ragu
Nak pergi ke tidak
Hati nak pergi tapi kadang2 minda larang.
Sebabnya...
Akhir2 ni saya perasan.
Ada mata yg memerhatikan.
Ada kelibat yg mencurigakan.
Sebelum ni saya abaikan saja
Anggap saja itu mainan fikiran saya.
Cepat benar bagi tanggapan negatif.
Tapi kejadian pagi tadi cukup untuk buat saya takut.
Pagi tadi......
Macam biasa saya parking kereta di seberang jalan.
Ambik sebalang air dari kereta dan kunci kereta.
Lintas jalan yg agak sibuk kerana waktu persekolahan.
Bukak pagar pusara.
Suasana sunyi dan embun masih menyapa kaki.
Lalang tinggi.
Belum berapa langkah kedengaran pintu pagar tanah perkuburan ditutup.
Saya menoleh.
Orang itu datang lagi.
Saya percepatkan langkah ke pusara.
Sambil siram pokok di pusara sambil mata mengintai dia.
Dia duduk di wakaf mengadap kearah saya.
Cepat2 saya siapkan urusan saya.
Sempat bagi kucing makan.
Saya tak duduk baca yasin pun, tak apa
Saya boleh saja doakan dia di mana pun saya berada,
bukan hanya di pusara.
Tujuan utama dtg sini hanya utk bersihkan pusara
dan tumpahkan rindu saya saja.
Saya perasan dia mula menghampiri kearah saya.
Selalu nya dia duduk di wakaf saja, tak berganjak.
Ini pertama kali dia melangkah perlahan lahan ke arah saya.
Dalam hati masih berfikiran positif, mungkin pusara yg dia
nak ziarah berada belah sini.
Tapi takut tetap takut.
Cepat cepat saya berlalu, laju saya menuju pintu pagar.
Saya menoleh ke arah dia.
Dia bukan nak ziarah pusara pun.
Mundar mandir dalam perkarangan pusara.
Kenapa ye? Tak berapa betul ke?
Orang normal tak saja2 makan angin di sini
Orang normal pagi2 gini pergi kerja.
Penagih kot...perompak?
Eeee...takooot!
Dah byk kali dia ada sewaktu saya ada di sini.
Kadang dia duduk atas motor yg dia letak di tepi wakaf tu.
Tak turun pun dari motor.
Diam kaku beku atas motor.
Cuma hari ni dia mula melanggar garis takut saya.
Saya masuk ke kereta dan berlalu.
Harap harap jangan lah dia dtg lagi esuk.
Saya takut. Sangat2 takut.


3 comments:

Anonymous said...

kena berhati2..mungkin dia dh perhatikan setiap kali Puan datang seorang diri. Kalau boleh bawa teman atau laporkan pada balai polis berhampiran. Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua. amin

PeRdU cINta said...

Allahu...hati-hati...kalau boleh datang berteman...sebab dia dah memerhati dan mula berani mendekati..risiko.

Anonymous said...

hati2x kak. dah lama kot dia peratikan akak dtg sorang2x tiap2x hari. next ziarah bawak anak lelaki ye kak. take care kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...