Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, February 25, 2019

Bermula

Kerja2 merobohkan taman saya dah bermula
Langkah pertama ialah merobohkan pagar besi tu
Telah roboh berderai juga hati saya.ni
Nampak sangat bezanya bila pagar dah dicabut.
Hari ni mereka akan pecahkan tangga dan dinding tu
Turut pecahkan hati saya juga
Kesedihan saya kalau nak diukur,
rasanya dah macam nak meletup.
Nak teriak cakap " Jangan usik taman tu!"
Tapi
Apa daya....
Kalau dibandingkan antara ' sayang taman' dan ' takut ular'
Lebih takut ular.
Taman itu hak saya
Keselamatan pula hak anak cucu saya.
Maka saya terpaksa pilih keselamatan anak cucu.
Berkorban apa saja demi mereka
Redha lh wahai hati...
Jangan berduka..
La tahzan walaa takhof,innallah ha ma ana
(Jangan takot dan jangan bersusah hati, sesunguhnya Tuhan bersama kami)
InsyaAllah Perancangan Tuhan adalah yg terbaik.
Adalah tu bahagia lain buat saya yg masih Tuhan sembunyikan.
Semestinya ada, yakin!
Allah hu!

Hari ni ku semai tangisan di sudut taman
Semoga esuk bercambah bahagia 
Berbunga cinta
Mekar harum
Penawar duka
Dah hati sembuh semula.



1 comment:

DonnaSha said...

Panas2 ni ular tumpang sejuk..

Taman depan rumah dulu, walaupun sekangkang kera ... jumpa lipan dan macam-macam .. merata.

Allahh.. nak kira, mereka juga makhluk Allah di dunia.

Kalau cukup ilmu, boleh buat bela..

Tapi kata orang Zoo pula..

Faktanya, tak penuh ilmu di dada.

So, main jauh2 la yaa..

Aku duk sini, ko duk nunnnnnn sana.

Semuga selamat dan berbahagia.

Pasnih nak buat hanging garden ler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...