Ku hulurkan duka ku ke dada mu
Mengharapkan hangat cinta itu merawat rasa dan membalut luka
Sayang sekali duka ku kau hempas begitu saja
dan kau memalingkan muka mu semudah itu
Dengan sengajakah kau relakan duka itu bersepah di kaki mu
atau kerana cinta itu sudah sejarah
Aku cuba menghampiri mu bila sebak bermaharaja lela
Kesat lah tangisan ku ini dan biar aku tenang dalam lautan kasih mu
Namun kau terus biarkan ia beku dan terbiar di kolam derita itu
tidak cuba untuk ubati dan tidak peduli
Dimana hati ku yang pecah itu kau tinggalkan
Di celah jari mu kau biarkan cinta itu tiris
sedangkan aku masih mengumpul rindu
seperti selalu..
No comments:
Post a Comment