Anjang ni adik bongsu mak. Dari muda muda dulu pun,Anjang seorang yang out going, jovial and very popular among his friends n relatives. Anjang ni my favorite uncle lah kira nya dan sebenarnya Anjang tidak pernah membenarkan aku menjadi dewasa..Dia masih lagi membuat aku merasakan yang aku ni seorang anak kecik yang terlopong mendengar cerita dongeng yang di rekanya.Dia suka kenakan aku dan cukup pandai memujuk ku jika aku merajuk.Kalau Anjang ada bersama, tak kering gusi lah...Anjang tak pernah kehabisan idea untuk membuat aku ketawa . Sekarang pun masih gitu malah anak anak ku yang memanggil Anjang dengan nama 'Tok Anjang' , sangat rapat dengan nya..
Sekarang Anjang sudah pun bergelar datuk. Ye lah,usia aku pun dah hampir separuh abad.Anjang masih mcm tu..Masih banyak cerita lawak yang nak di kongsi dengan ku..Masih berjaya membuat aku ketawa, Masih suka kenakan aku.
Semalam Anjang call, macam selalu untuk bertanya khabar dan sembang sembang kosong.Dulu kalau Anjang call, ada saja jenaka yang akan membuatkan aku berair mata ketawa. Tapi sekarang bezanya setiap kali Anjang call aku akan menangis.. Menangis kerana Anjang begitu memahami apa yang aku lalui..Anjang tak pernah lupa untuk menasihati aku dan setiap call dari Anjang akan disudahi dengan kata kata.."Don't worry, Anjang is here, now this is a joke to make u laugh.." Dan aku pun pura2 ketawa.....
Anjang, semoga Tuhan memberkati hidup Anjang dan Mak Sal sekeluarga, semoga kebahagiaan berkekalan dan semoga panjang usia..Jangan lupa makan ubat ye.
1 comment:
Assalamualaikum. Siapa yang tulis ni ye ? Apa nama tok anjang tu ?
Post a Comment