Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 15, 2009

Cermin diri


Masih lagi bertamu di sini untuk hari ke 5. Kelmarin seorang nenek menambah bilangan pesakit yang menghuni wad 8 Selatan ni. Dari mula dia hadir hinggalah ke saat ini, tidak ada seorang pun yang datang bertanya khabar jauh lagi datang untuk menemani dan menguruskan keperluan dia yang amat lemah dan tidak mampu mengurus diri itu.
Sesekali bila ada kelapangan aku singgah di birai katil nya, memberi sedikit minuman atau menyuapkan makanan. Kadang tu sekadar menyentuh tangan nya untuk membuat nya merasakan yang dia tidak bersaorangan Pandangan mata nenek yang uzur itu membuatkan aku merasa begitu sebak. Pagi tadi selepas lapkan badan nya, dia memegang tangan ku..Di bibirnya yang kering mengelupas itu terkeluarlah suara tua yang memanggil ku dengan panggilan 'Ma'..Dan gugurlah tangisan dari mata ku melihatkan dia seakan merayu aku supaya jangan tinggalkan dia bersaorangan di situ.
Siapakah 'Ma'? Anak dia kah? Menantu dia kah? Cucu dia kah? Sedara dia kah? Dimana 'Ma' sekarang? Tidak terlintas kah untuk datang memberi sedikit kasih sayang kepada nya..Tidak adakah sedikit simpati di hati "Ma'Datang lah Ma, datang lah biarpun kekejap .Kesian, aku hanya dapat memberikan janji yang aku sendiri pun tak pasti kepada nenek itu..Ku usap tangan nya yang masih memegang lengan ku dan berkata
" Nek tidur dulu ye, nanti saya hubungi 'Ma"..."
Malam tadi berlegar legar soalan yang sama bermain di kepala ku..
Bagaimana jika suatu hari nanti,Aku sendiri pun akan menghadapi masa tua ku, masa uzur ku dengan nasib yang serupa???

3 comments:

Anonymous said...

Insya'Allah, u tidak akan kesaorangan, kebaikan dan ketulusan budi itu akan terbalas suatu hari nanti.....
Semoga Tuhan akan sentiasa memberkatimu.....

Anonymous said...

salam...akak..saya baru bacer blog akak arini....best sgt...i'm gonna be ur follower...nanti kalu blog saya da upate saya suh akak bacer..ok.. till then..salam prkenalan and bye...

Anonymous said...

Hani ..sebak bila membaca betapa baik dan luhur hati mu yang kerdil.andai aku ada bersama kan gu gantikan "Ma"yang dicarinya. Aku takada sapa didunia ini.akan ku jadikan dia sebagai mama ku....Semoga Allah membalas budi hani ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...