Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, February 4, 2010

Kadang kadang hati ibu..

Kadang Kadang anak ku...

Kadang kadang aku tidak mahu masa beredar

Cepatnya kelmarin berlalu

Telapak kaki yang dahulunya hanya sebesar dua jari,

Kini telah jauh langkah nya meniti alam dewasa

Kalau boleh mahu saja aku hentikan gerak waktu.

Biar kalian terus begini,

Sentiasa ada dekat dengan ku,selamanya.

Masih memerlukan aku sebagaimana seorang bayi memerlukan ibu.

Kadang kadang aku menjadi takut,

Esuknya bagaimana,bila uzur ku mula mendekati

Dan usia tidak lagi banyak berbaki.

Tugasan dunia lebih acap memanggil nama mu wahai anak.

Dari aku yang semakin hilang suara,hilang daya

Lusuh dan tidak lagi berguna.

Ibarat Quran lama yang tidak dibelek sesiapa.

Akan terpinggirkah aku di hujung dunia mu.

Diwaktu itu nanti,

Masih kah kau anak ku,

menghulurkan tangan mu menyambut salam ku?

Akan berpaling kah kamu ke arah ku sewaktu nama mu ku seru?

Apakah kita masih boleh lagi duduk duduk bercerita dan berkongsi usia tua ku bersama?

Tuhan ku,hanya Engkau lah yang mengatur segalanya

Kadang kadang,

Hati seorang perempuan yang rahim nya pernah mereka tumpang menghuni

selama sembilan bulan,

Menjadi celaru..

Kadang kadang,

Kadang kadang wahai anak anak ku,

Ibu tua ini paling tidak mahu membebankan bahu mu

dengan usia lanjut ku.


2 comments:

definitely.me said...

tibe2 rndu kt mak.. :(

adekmanja said...

ibu selalu mengharapkan ungkapan ini dari anak2nya

"panas mentari tidak dapat mencairkan kasih sayangku pada mu ibu...sedingin salju tidak mampu membeku rinduku padamu...sejernih embun pagi itulah luhurnya kasih sayang ku pada mu. ibu...Kau la curahan hati ini...tak mungkin ku melupakan mu...tiada lagi yang ku harap hanya kau seorang~~~"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...