Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, February 25, 2010

Kuasa Jurujual...



Lepas masa sekolah,saya ke sebuah kedai kain yang agak besar juga untuk menjamu mata.Dah lama kekawan duk cerita ceriti pasal kedai tu. Tambah pula kedai tu sedang adakan 'sale', jadi kami pun turut serta la meramaikan lagi orang yang berkunjung.
Pusing punya pusing, kami dapat la kain barang sepasang sorang buat bukti yang kami dah jejak kaki kat kedai tu..Kain biasa2 jer dan harga pun biasa2 jugak.
Apa yang saya boleh katakan pasal kedai tu ialah keramahan kakitangan nya melayan kami ni. Sopan dan mesra sungguh adik2 jurujual tu,baik lelaki atau perempuan. Sebenarnya keramahan mereka itu lah yang membuatkan saya beli jugak sepasang dua..terpikat bukan pada kain nya tapi pada sopan manis tutur bicara nya..
Bukan macam sebuah kedai barang plastik yang pernah saya kunjungi dulu. Jurujual nya punya la sombong dan muka pun mencuka. Saya ke situ untuk membeli pinggan plastik buat isi makanan kucing tapi terbantut niat untuk membeli bila mendengar jawapan dari jurujual tu..Bayangkan bila saya tanya kat mana saya boleh dapatkan pinggan plastik yang biasa2 dia menjawap..
"Kak, la ni orang dah tak pakai pinggan plastik, orang pakai melamie.."
Adoiii..Dia ingat saya ni datang dari gua mana agaknya....Nasib baik saya cool.Saya ingatkan diri saya untuk guna otak bukan hati..Saya sekadar mengucapkan TQ dan terus ke kereta.Hmm, kesian tauke kedai tu, hilang pelanggan hari tu....
BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

3 comments:

maiyah said...

kalo sy mmg kene sound derek ngeee

Anonymous said...

Ada kawan kita cakapkan wak... kalu dia tak jadi cikgu, dah tentu jadi jurujual kat supermarket.tapi bagaian dia tak dok pelanggan yang gi sebab takutkan airmukanya yg masam(itu kata dia, makcu tgok.. tak pun). Kalu ada juga yang tersesat, tak jumpa nak cari brg, tiba-tiba dtg bertya.... dia nak jawab" Hah, carilah sendiri!" Kalaulah minah tu jawb "Aku tak hilang barang, aku nak beli barang!!!" Melopong janggggg.

anyss said...

Salam,
Seni menjual barang perlu ada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...