Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, February 10, 2010

Lawak yang tak berapa lucu


Tadi kami duduk2, makan2 sambil sembang2 kosong sementara tunggu nak masuk kelas seterusnya.Tiba2 sepotong ayat keluar dari mulut kawan saya ini yang membuatkan saya tiba2 terasa sangat tersentuh.
Begini kata dia...
"Kita ni, serupa...Barang Reject! "
Hmm...Betul jugak kata dia tu..
Kami bertiga ni sebenarnya dibesarkan sebagai nak angkat. Dia seorang anak cina yang di besarkan oleh keluarga angkat cina lainnya. Saya pula menumpang kasih pada keluarga yang juga ada pertalian darah dengan saya.Teman saya yang seorang lagi merupakan anak cina yang telah diambil oleh keluarga melayu untuk dijadikan anak angkat.
Situasi yang sama walau tak serupa.
Persoalannya kenapa kami? Apa salah kami?Kekurangan kami kah yang mendorong kami di jadikan bahan reject? Mungkin kami merupakan mangsa keadaan.
Biarlah apa2 pun, kami tetap bersyukur dengan apa yang ada..
Kami ketawa besar bila kami ulas isu 'barang reject' ni secara berseloroh .Yer lah, dah sekali kena reject tu ok gak la tapi saya ni bukan sekali..
Biarlah, malas nak kenang2 sejarah hitam. Be happy,enjoy life as it is....
Tapi jauh di sudut hati kami hanya Tuhan saja lah yang tahu...
Tiba tiba mata ku basah...

4 comments:

aG said...

Reject @ tidak tak penting lagi sekarang yang penting tanamkan iltizam dan istiqamah untuk mendapat Rahmat dan Ehsan dari tuhan.....

Brahim Nyior said...

Salam Hani@debumelukut,

Usah menyesali takdir. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya, anda dpt membesar dan menikmati hidup.

Bayangkan nasib anak-anak zina akibat hubungan bebas jantan dan betina sundal, nasib mereka lebih buruk. Dibuang merata, dicampak bagai tiada nilai. Seolah nyawa mereka terlalu murah.

Kalau bernasib baik, mereka mungkin dapat hidup jika ditemui oleh golongan yang simpati.

Tapi, selalunya nasib mereka lebih buruk dari anak yang punya mak dan ayah.

maiyah said...

bukan rejek.. x mau le guna perkataan tu

nikeeyda said...

kalau reject, kita dah tiada.bila ader, maknanyer kita diperlukan utk kebahagiaan bersama........percayalah....aku di situasi satu lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...