Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 16, 2010

Peringatan buat saya dan awak.


Nak dengar cerita bagaimana saya diperbodohkan secara sukarela??
Seorang teman lama menghubungi saya. Dulu pun bukan rapat mana sekadar suam suam kuku. Tapi kali ni dia ramah benar bertanya khbar dan menyatakan kerinduan untuk menjalinkan kembali tali persahabatan yang dah lama terputus.,Beria ia dia nak datang jumpa saya. Ok lah, saya jemput dia ke rumah dan saya pun sedikit teruja untuk menebus kembali perhubungan yang terkubur itu.
Pukul 5 ptg mereka tiba. Saya ingatkan dia datang dengan keluarga. Tapi tidak, dia datang dengan kawan2. Senyum manis tak lekang di bibir kawan saya tu..
Hmm..Rupa rupanya, dia datang untuk mempromosikan barangan direct selling...Laaa..Buang masa betul saya rupanya. Tak ikhlas rupanya salam persahabatan yang di hulurkan tadi. Sebaik duduk aje, macam peluru dia bercerita pasal hebat nya kehidupan dia semenjak menjadi ahli XXX ni..Bukan itu saja, dia siap mengkritik kehidupan saya sebagai kuli gomen yang katanya tak kan buat saya mewah, semewah diri nya.Lepas satu, satu barangan yang dia promosikan.Saya dah boring dah...
Azan magrib dah berkumandang tapi mereka tidak berganjak..Aisehh..Saya dah loya sungguh dah ni..Macam ni ke nak berkawan..Saya rasa tak kurang kawan saya tanpa dia pun..
Nak tak nak saya tumpangkan mereka solat di rumah saya yang tak se 'gah' rumah mereka itu.
Akhirnya bila usaha mereka tidak dapat mempengaruhi saya untuk menjadi ahli/membeli barangan mereka, mereka pun beredar....
Lega...Tobat lain kali saya dah tak caya dah orang yang suka bermuka muka ni..Tak apa lah saya tidak mewah dengan kereta besar menjalar pun, sekurang kurangnya saya tidak menjual muka dan mengkhianati istilah 'persahabatan'.
Pernahkan awak berada di situasi ini? Geram dan marah kan?

3 comments:

DrSam said...

Itulah kesalahan besar ajen-ajen MLM. Tak sabar dan selalu menunjuk-nunjuk kemewahan (yang kadang-kadang pinjam upline punya) memang klasik. Taktik makan tuan. selalunya taktik sebegini akan merenggangka hubungan persahabatan.

MLM dan networking tu bagus, cuma cara kena betul.

~ CeguLinn~ said...

susah nak cari orank yg benar2 ikhlas .... tiada niat berselindung ..

adanz said...

manusia materialistik... kenapa terlalu ramai sekarang ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...