Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 29, 2010

Grow Up Birthday Girl.

Today Iffah is fourteen.
Put aside the toy chest.
You are a year older now

A teenager full of confusions.
A teenager trying to blend in.
You are no longer a cry baby.
Stand up and face the reality.
Grow up girl,think wise.
Be smart in making the right choices

Be brave in taking the right steps.
Hold your head high..
Stand up after every fall.
For God is always listening.
InsyaAllah you will be just fine.

Iffah...We all love you.
HAPPY BIRTHDAY

Saturday, March 27, 2010

Harapkan jenama,bukan main canggih lagi.

Kalau pakai handset tu tolong letak di tempat yang mudah untuk di dengar kalau2 ada call masuk.
Cubalah untuk bawa handset tu bersama..Alasan handset tertinggal tu dah basi.
Kalau rasa menggangu privercy, campak jer hndset tu ke laut.
Kalau nak silence pun, masa tertentu jer la, jangan pulak di jadikan alasan handset silence.
Kalau dapat SMS tu jawap la, jangan buat orang lain macam berinteraksi dengan tunggul.Kalau awak nak jadi tunggul, duk dalam hutan.Tunggul tak pakai handset.
Kalau tak nak call back kerana sayangkan credit, miss call la tanda awak peka ada orang nak hubungi awak.
Kalau tak nak orang duk call or sms, jangan bagi nombor kat orang,simpan jer dalam peti besi.
Senang cerita, tok sah pakai handset lah....

Friday, March 26, 2010

Batal solat ku

Mak mertua dan saya.

Kat umah mak mertua saya.
Nak go somewhere dgn dia la nih.
She said she'll be ready in 5 mins.
Kita dah siap.
Eveready sokmo.
Mak nak solat dulu.
Ok fine.
No hurry.
Anis pun duk main dgn kamera.
Snap itu ini,
termasuk mummy.
Mak suruh Anis makan dulu.
Anis tak tolak.

Mak memang selalu camtu.

Anak murid Mak datang nak mengaji.
Jap, Mak ajar mereka ngaji dulu.
Kesian budak2 tu.
Ok, go ahead la Mak.
bukan ramai pun.
sorang dua jer.
Anis pun ngaji gak.
Ngantuk laa
Nak baca paper pun,
Mak memang tak beli paper..




Jap ada call.
Mak jawap call dulu.
Pas tu ada jiran datang
nak bertanya pasal kenduri kat masjid.
Ok, ok..
Mak ni memang peramah.
pelawa dia minum dulu
borak borak dulu..

Adoiii.......
Penantian itu satu penyiksaan.

Pagi Jumaat nan indah....

10 sebab
mengapa saya di sini,
di hari ini,
di waktu ini...


1. Nak tengok ada tak kiriman e mail buat saya..
Selalunya kiriman entah hapa hapa dari entah sape sape...

2. Nak tengok apa2 yang menarik untuk di baca..
Sah Gossips la ni.

3. Nak check comments kat facebook..
Nak serang balik orang yang serang kita..ghehehehe..

4. Sambil tunggu semua orang bangun untuk breakfast...
Bangun laa, pergi beli 'Nasi berlauk' tu.

5. Kalau nak baca paper pun belum kuar beli lagi..
later lah, sambil ke pasar.

6. Kalau nak tgok tv pun,
Anis dah tukar channel 611..Anis rules!

7. Nak ke rumah Mak pun pagi sangat lagi...
Orang kat masjid pun belum balik.

8.Nak buat keje sekolah pun malas menguasai diri...
Esuk2 boleh buat.

9. Nak buat keje rumah kesiankan bibik tak de kerja lak...
Boring lak bibik tu nanti.

10. Nak berjogging pun tak pasal pasal kurus lak....
Kwang kwang kwang...

Wednesday, March 24, 2010

Yesterday once more



How time flies.
It seems
like yesterday.
15 years ago, they were here.
Waiting
for the next train to
East Ham.
Throwing snowballs
at Manor Park.
Chasing the birds
at Trafalgar Square.



Along was 11,
Kakak was 9
and Kimi was 4.
They were all
attending school at
Kessington Primary School.

Enjoying
the four seasons.
Their childhood days.













Today,
these are my babies.
All grown up.
Facing the harsh world..
The reality that bites.
Along is going to say good bye
to his bachelor world soon.
Kakak is happily married now.
Kimi is still struggling with his studies..
Hoping to keep up with his siblings.
Well God, if this is a dream,
then don't disturb my sleep.


Tuesday, March 23, 2010

We picked the wrong time.


I am hoping to go to Bangkok this coming weekend for a holiday.
Everything is on the right track until I saw and heard about this...
Looking at this photo.....I am not sure anymore.
Wrong place, wrong timing.
What should I do?

True Colours


Our children
are not Colouring Books.

We can't just paint them
with our favorite colours.

The brushes
are in their hands..
The colours
are theirs to choose..
We,parents
are merely here
to guide them..
InsyaAllah, the paintings will be just fine....

Monday, March 22, 2010

Tak bertempat nak mengadu.

Dua tiga malam ni saya kurang tidor.
Banyak benda bermain di kepala.
Pejam saja mata berduyun duyun lah persoalan datang bertamu.
Puas mengiring kekiri ke kanan, meniarap atau terlentang,
Mata begitu degil dan minda aktif mengulang tayang.
Kadang tu saya bangun, baca sebaris dua Al Quran,
Solat sunat dan sebagainya.
Tapi kesunyian malam ini membingitkan telinga.
Malam begini jiwa rasa kosong.
Jawapan yang saya cari masih tidak saya temui.
Hari ini sah bukan hari saya.
Esuk InsyaAllah Tuhan mungkin
lebih lapangkan dada saya.

Sunday, March 21, 2010

Lidah lagi kan tergigit...


Dah berapa hari tak menulis.
Otak jem.
Hati pecah.
Baru baru ni saya frust sangat dengan seseorang.
Hari ni saya sudah pulih..beransur pulih.
Heran kan, bagaimana orang lain boleh mempengaruhi fikiran dan perasaan kita.
Tapi saya memang macam tu.
Mudah percayakan orang lain kerana saya andaikan orang lain serupa saya.
Rupanya tidak.
Tak apalah, dah saya kata tadi, saya bukan tak pernah lalui hari hari macam ni.
Dah biasa sangat.
Cuma saya harap kali ini Tuhan berikan saya lebih kekuatan untuk menerima dugaan ini dengan redha.
Adalah tu hikmah di sebalik apa yang terjadi ini.
Saya doakan agar saya dan dia masih boleh menjadi kawan dan tidak ada dendam di antara kami berdua.
Dan sekiranuya dia terbaca luahan ini, saya cuma nak katakan pada dia..
Yer, saya berkecil hati..Yer saya terasa tidak dihargai.
Tidak, saya tak marah...Tidak, saya tak kesal
Saya tahu apa yang terjadi datangnya dari kekurangan saya sendiri.
Terluka dalam persahabatan tu perkara biasa.
Saya masih disini jika dia memerlukan seorang sahabat.
Tidak berubah sikit pun.
Menerima dia seadanya.
Kita manusia tak lari dari membuat kesilapan,
Kerana kita tak sempurna.
Dan sungguh,
Saya tak apa apa..

Thursday, March 18, 2010

Jangan menangis Nor


Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa di kenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang di buat baju
Barang lepas jgn dikenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa di rindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu asing
jgn kesal jgn kenang
Walau hati rasa pedih
mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa di nanti
Patah kan tumbuh
Hilang berganti
Akan sembuh kalau di ubati

Wednesday, March 17, 2010

Bukan lagi kawan cyber..

Dah lama kenal tapi belum pernah jumpa..
Setakat duk chatting kat ym..
Kawan cyber la katakan.
Hari ni baru saya dapat melihat dia.
Mengalu alukan kedatangan dia.
Kak mas peramah orangnya.
Seorang yang tabah,
seorang yang ceria.
Terima kasih Kak Mas kerana sudi hinggap
di teratak saya yang tak sepertinya ini.
Semoga persahabatan berkekalan.
Lain kali ada masa ada ketika..
InsyaAllah kita jumpa lagi.

Kita acap terlupa..


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL

Tuesday, March 16, 2010

Penat sungguh hari ni

Anis ke bumi bersejarah Melaka hari ni.
Mula2 ke dataran Pahlawan,
Tengok tengok barang dan tengok orang.
Pas tu makan..dan makan lagi
Anis seronok.








Pas tu lawat tempat bersejarah.
Anis komplen panas..memang panas sungguh!
Banyak anak tangga perlu didaki.
Anis kata penat..
Anis ngadu otak dia dah cair.
Berpeluh dan dah mula nak ngamuk.
Sabar Nis, kan nak tengok byk tempat lagi.
Nanti mummy belikan Topi/Cap.





Hahahaha....
Ada orang dah tak tahan panas.
Beli topi.
Siap ada kipas kuasa solar.
Ligat berpusing tepat kena bahagian muka.
Kita rekomen topi/cap berkipas ni untuk orang yang suka berjemur secara sukarela..Contoh orang hobi memancing ke, berkebun ke atau yang sengaja duk tengah padang pukul bola golf pun sesuai jugak ni.

Sunday, March 14, 2010

'Stayin Alive'...Still alive????

Tahun
1
9
7
8


Zaman remaja saya.
Zaman cinta monyet
dan perangai pun ngalahkan monyet.
Kami lalui zaman itu
dengan seribu kenangan manis..
Zailan(MITI),
NikYah(MTD),
Chah(KESEDAR),
Asri(JPN),
Halim(MAS),
Syah(KOPRT)
dan Kama yang sampai sekarang pun
masih suka buat saya ketawa.
Semuanya dah berjaya.
Alhamdullilah.
Saya?
Saya biasa biasa saja.
Ingat tak dulu musim 'Saturday Nite Fever'?
Riuh nya kita sewaktu menonton filem ni kat LIDO.
Ingat tak sewaktu kita berpesta di 'Kelantan Rest House'
Azizul dan Rosini time tu menari ngalahkan John Travolta..
Saya masih ingat betapa frustnya saya hari tu.
Kama mesti ingat kenapa...Kama kan?
Tak pernah lupa juga kenangan di Jeram Pasu.
Sepanjang jalan tu hanya lagu 'BeeGees' yg kami mainkan.
Amin la hero kita..mengusik, mengacau entah apa2 aje..
( Amin sekarang dah jalani pembedahan jantung nya)
Sayang sekali saya sudah kehilangan photo2 lama tu.
Tapi tak pernah lupa indahnya dunia masa remaja.

Saturday, March 13, 2010

3 1n 1


Hari ni bertempat di rumah Syam dan Zai berlangsung 3 acara.
House Warming
Kenduri Maulud
Birthday Che Zah
Yang kecik duatiga orang tu cucu sedara ..
Saya? Dah berpangkat Nenek lah
'NENEK ROCK'

CikZah potong kek.
Norli terlindung sikit.
Nabil sibuk nak tiup jugak.
Yang kat belakang tu
Kimi dan Syam
sibuk enter frame.
( lebih kurang dgn Nabil gak tu..)







Makan jangan tak makan.
Nasi beriani
Sate
Pulut rendang
Meehoon goreng
desserts.
Goyah iman saya..
Tak per,
Gendang Gendut Tali Kecapi
Kenyang Perut Esuk Diet Lagi.

Friday, March 12, 2010

Mengenalinya sudah lama.

Dia kawan saya.
Tapi dia tak seperti saya.
Entah macammana saya boleh rapat dengan dia.
Sedangkan kami banyak berbeza.
Dia seorang yang sabar..Saya cepat melenting.
Dia pemaaf..Saya pendendam.
Dia jenis practical..saya ni berfikir dengan hati.
Dia suka mendengar..saya kalau cakap tak de full stop.
Dia Cool,bersahaja..Saya tak boleh duduk diam.
Tapi yang bestnya,
Saya suka masak..dia suka makan.
Saya suka window shopping..Dia suka temankan.
Dia ni,
Sewaktu saya berduka.
Dia tidak menghilangkan duka saya,
Tapi dia menangis bersama saya.
Sewaktu mood saya ceria,
Dia tidak banyak berjenaka.
Tapi dia ketawa dengan lawak bodoh saya.

Saya suka ada kawan macam dia...
Saya doakan kebahagian dia.
Saya harap dia jaga kesihatan dia.
Rajin rajin makan ubat Zini yer...
Saya sayang awak.

Wednesday, March 10, 2010

Lupcup

Ini sejenis dessert yang berasal dari Thailand.
Cantik dan berseni.
Rasa pun sedap
Didalamnya inti kacang putih manis dan disaluti agar2 yang berkilat.
Ada orang panggil buah JellyCrystal.
Nak makan pun sayang....Bukan senang buat tu.

Tuesday, March 9, 2010

Canmi cara kami bekerja..

Kami 'English Panel' ni kalau bab gotong royong buat kerja memang sepakat.
Sebab sekepala semua nya.
Hari ni kami buat banner..handmade lagi.
Cam biasa, mula2 sekali
isi minyak dulu.
Makan minum jangan miss..
Pas tu buat lawak..
Paling best lawak berkenaan yg hidup..
Gelak sampai sakit2 urat perut..
( Finas tak lulus punya lawak ni)
Tukang komen kena ada..
Quality control.
Tak sempat siap rumah pahat,tukul, gergaji sibuk berbunyi.
Bukan kena bayar tiket pun untuk komen.
Kau orang tau takkk??
Start gosip la nih...
Pot pet pot pet..
Silap hari bulan kering poster colour di tangan.
Halwa telinga.
Paling paling tidak kena posing jugak.
Kamerawoman punn..tunggu la saya duduk eluk sikit.
Ok smileeeee...
OK Boss,
Cam biasa kita orang try our best.
Eh, dah nak loceng laaa.
Janji siap........

Adilkah begini..?

Kita pakai ni pun komplen itu ini..





Dia tak banyak cakap punnn....



Dia??


BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA..

Sunday, March 7, 2010

Samseng dari mana ni?

Dah lama saya tunggu nak parking kereta saya ni.
Tetap sabar menanti kerana bukan mudah nak dapatkan parking di area ni.
Tiba tiba datang lah Mamat ni.
Supp...!! Berhentikan kereta dia depan kerata saya.
Aik, berani dia yer..
Dia tak nampak ke saya sedang signal untuk isi tempat kosong ni nanti.
Tak per..kalau berani masuk lahhhh..
Sah sengaja cari pasal ni..
Dengan orang lain bolehhh, saya, jangannnn!!
Mendidih darah saya.
Masuk lah kalau berani.
Tau la saya nak buat apa nanti.
Ok..kita tengok dia berani tak...
Tak sayang kereta agaknya orang ni.
Bila kereta yg parking tu nak kuar, dia siap undur dan bagi isyarat tangan supaya saya undur ke belakang.
Sah dia memang nakkan tempat parking tu..
Dan selamba jer dia masuk parking.
Saya?
Saya senang saja,
Tau apa saya buat??
Nak buat apa lagi, cari kekosongan lain lah kalau2 ada..
Huhuhuhuhhhhuuuu..
Samseng kampung dusun betul lah saya ni!

Saturday, March 6, 2010

Aku terkena lagi...

PERLUMBAAN KAPAL SELAM YANG HEBAT..
Tenguk photo ni..
Nampak tak?

Tak nampak jugak??
Jangan tengok dekat sangat.
Jauhkan sikit.

Bukak mata luas2..tengok betul2
Ada kan..Tu yang gitu2 tu...

Tak nampak???
Dah sah tak nampak?

Awakkk...,
Dengar sini,
Dah nama pun Kapal Selam kan,
Keje nya menyelam saja laaa
Mana lak boleh nampak.
Dah..Gi buat keje..
Huhuhuuuu....!!!

Friday, March 5, 2010

Spec Baru buat Mata Lama

Ini spec baru..Tak tanya pun tak per, saja peramah nak cakap.
Power bagi spec saya makin bertambah.
Tak lain kerana usia yang tak miss bertambah setiap tahun.
Sardine pun ada expired date, ini kan kita manusia.

Banyak benda lain yang bertambah tanpa disuruh.
Uban bertambah rancak juga tumbuh.
Kedut menakluki segenap wilayah jajahan.
Dosa?
Adoiii...

Yang berkurang cuma baki usia.
Kalau usia ni seperti gas dalam balang,
agaknya dah tak sampai separuh balang ni.
Entah2 meter dah hampir 'E'.
Hmm..
Terasa dah tua sangat .
Nasib baik jadi manusia,
kalau jadi pasu, dah jadi artifek sejarah dah ni,
Dah jadi bahan pameran kat muzium..
Tau tak per.

Thursday, March 4, 2010

Entah apa kena saya ni..

Ni pun satu hal jugak.
Kalau org bercerita pasal drama bersiri,
saya cukup pantang.
Pantang tunggu dan lihat.
Kalau dah mula tunggu dan lihat alamat payah lah nak berhenti.
Berhantu.
Satu lagi penyakit saya yang belum terubat.
Suka ulang ulang tengok.
Tengok sekali cerita tu kira biasala..
Yang teruk nya saya ni, dah tengok sekali mesti nak tengok lagi..
dan lagi..
dan lagi..
Sanggup tunggu depan U tube,
Kadang tu siap beli DVD lagi..
Bukan cerita 'Full House' ni saja,
Dulu 'Winter Sonata'...
Bercupak saya bazirkan air mata untuk industri filem korea ni..
Apa apa jer lah saya ni .......

Monday, March 1, 2010

Cepat la pulih wahai sahabat ku...


Awak ingat lagi tak..
- tentang burung yang selalu datang hinggap di tingkap awak dan awak bagi mereka makan biskut?
-tentang Tauke Cyber Cafe yang untung besar sewaktu line tenet kat apartment awak tak berfungsi.
-tentang bau Nasi beriani, kari dan roti nan yang melekat di badan awak..sabun pun tak mau hilang.
-tentang contraktor yang hampir nak bertinju kat ofis hari tu?
Awak masih ingat lagi tak tentang saya?


Saya masih ingat dan tak akan lupa...
-kenapa awak berasap telinga di kebun durian dulu..awak ingat tak?
-kenapa awak takut sangat dengan tukang urut...awak ingat tak?
-kenapa awak berada di airport Februari tu...awak ingat tak?
-kenapa awak tiba tiba pulang ke tanah air baru baru ni...awak ingat tak?
Saya masih ingat dan tidak akan lupa segalanya mengenai awak.

Saya teringatkan awak. Teringatkan lawak bodoh yang buat kita ketawa guling guling. Teringatkan mimpi kita dan impian yang kita tahu mustahil tapi kita tak kisah, kita terus juga mengayam lebih banyak mimpi.Saya tak lupa budi awak,sungguh saya tidak akan lupa. Saya doakan semoga awak bahagia walau dalam keadaan macam mana pun. Saya sentiasa memohon pada Tuhan agar awak cepat sembuh...
Cepat la sembuhhh
Cepat la sembuhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...