Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 16, 2013

Bertuahnya saya dapat hadiah termahal di Dunia.

Selama 33 tahun jadi cikgu, ni lah kali pertama saya dapat hadiah yg paling mahal sempena hari guru.
Sangat mahal.
Saya rasa amat bertuah kerana dapat hadiah ni.
Sediakan tissue sebelum terus membaca.
Begini ceritanya.
Pukul 11.45 saya masuk kelas yg paling corot.
Sebaik saya letak saja buku rancangan mengajar di atas meja, dia datang tercegat depan saya.
Dia, seorang murid laki laki yg masih dalam kumpulan 'Pemulihan'
" Ticer, ni hadiah hari guru saya untuk Ticer."
Dia hulurkan 'Roti Coklat' dalam bungkusan plastik.
Saya tau keluarga dia orang susah jadi saya bertanyakan dia dari mana dia dapat duit beli roti untuk di jadikan hadiah ni.
Selamba saja dia menjawap...
"Pagi tadi sewaktu makan pagi di kantin, saya dapat roti ni.Saya simpan untuk dihadiahkan pada ticer."
Untuk pengetahuan semua, dia murid miskin yg terpilih untuk rancangan makanan tambahan sekolah atau di kenali sebagai RMTS.
Setiap pagi kerajaan bagi murid2 yg senasib dgn dia breakfast percuma.
Ada di antara mereka yang bergantung pada breakfast percuma ni sepanjang hari.
Kalau hari mereka di hidang roti, biasanya ada yg simpan untuk di makan sebagai makanan tengahari sebelum kelas Fardu Ain bermula.
Roti ni sesuatu yang luxury bagi mereka.
Tapi hari ni, murid ni tahan lapar dan tahan selera kerana saya.
Haaa kan, saya dah cakap sediakan tissue kalau nak terus membaca N3 saya hari ni.
Bayangkan, dia rela tak makan pagi, sekadar minum air milo yg di sediakan saja kerana seorang cikgu bernama Ticer Hani.
Dia rela kelaparan di kelas FArdu Ain hingga petang.
Sedangkan,
Ticer Hani ni lah cikgu yg hari hari kejam 
Cikgu yang selalu marahkan dia bila dia tak siapkan kerja sekolah.
Cikgu yang mengamuk bila dia tak bawa buku ke sekolah.
Cikgu yang paksa dia jawap soalan dengan betul, kalau salah buat lagi sampai betul.
Cikgu yang acah nak korek mulut dia kalau dia tak nak buka mulut dan baca dengan terang.
Cikgu yang tak bagi dia balik selagi dia tak tulis eluk2..
Cikgu yang panggil dia kedepan, ke meja cikgu dan suruh dia ulang perkataan2 yg amat susah bagi dia.
Cikgu Hitler.
Cikgu ganazzzz
Cikgu apalah saya ni.....
Terima kasih lah anak, terima kasih kerana hadiah ini dan terima kasih kerana tidak menyimpan dendam di dalam hati kamu..

14 comments:

shaliza said...

sedih:-(
nasib setiap dari kita mmg tak sama...tapi janji Allah kepada meraka yang berusaha untuk berubah adalah benar...doakan anak itu untuk bersemangat kental untuk ubah kehidupan mereka sekeluarga..

mokja said...

Selamat Hari guru,teacher Hani,
Mmg betul...jatuh air mata saya bila baca.

LiNa_Pg said...

Assalam kak hani..cikgu yang garang tapi ikhlas dalam mengajar..sudah pasti akan dihargai oleh anak muridnya..
Tak guna menjadi guru yang 'baik' tp tidak ikhlas dalam kerjayanya sendiri..

Nizam.Ariff said...

Aaaaa... aku menangis kak!
Aku yang macho dan 'ganteng' ini pun tersentuh bila bab-bab tak cukup makanan... sebab dibandingkan dgn nasib kita yang lebih baik ni...

terima kasih kerana share.
Aku akan pastikan anak aku baca entri ini malam ni.

Thanks... huhuhu

Azian Elias said...

happy teacher's day...

so sweet.. sedih pun ada..

i was a teacher. but till now still ada yg ucapkan.. 2 3 ketul ucapan kat fb..i pun was cikgu yang garang.. but til now some of the students still contact me.. kira garang bertempat lah kann.. :-)

Yunus Badawi said...

Sebak saya baca entri ini ....

Selamat Hari Guru

Kak Rose said...

mulianya hati anak ini, mmg bergenang air mata membaca. semuga dia akan menjadi yg terbaik dibawah bimbingan ticer Hani yg berdedikasi!

Hajjah Noraini @Nanie said...

Selamat Hari Guru Hani, ada tersimpan kasih dihati budak itu terhadap Hani.
Alhamdulillah..budak yang baik utk gurunya yg ikhlas memberi pelajaran utk anak2 muridnya meniti kejayaan.
Syabas Hani.

Juju said...

Assalam perkenalan,
Sedihnya baca N3 ni. Pandai budak tu menghargai jasa seorang cikgu.

Anonymous said...

dengan perngorbanan sebegitu, murid ini akam berjaya kelak inshaaAllah. dia sangat memahami nilai gurunya yang mendidiknya menuju kejayaan. juga tanda cikgu telah mengajarnya dengan berkesan.

Ateh Nour said...

Assalam cikgu Hani,

Nangis wooo..kakmah baca cerita ni, sungguh suci jiwa seorang anak kecil, tanpa dendam dan sakit hati...

Dah ucap ke belum, anyway
Happy Belated Teachers Day...

Bapak said...

ye, cukup mahal hadiah itu. semoga anak itu ditetapkan berada di jalan yang lurus apabila dia dewasa kelak..

selamat hari guru!

Cikda said...

murid ini adalah calon insan yang berjaya dan bahagia pada masa hadapan kerana sikap mulianya.. mudah2an.. amin

Irfa said...

lps ni sy pasti akan teringat entri ni bila nampak roti coklat itu,huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...