Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 14, 2013

Kirim penampar sebijik!

Cikgu pun insan biasa jugak.
Tersilap tu perkara biasa lah.
Ni nak cerita kesilapan teknik yg saya lakukan
dan tak akan saya lupakan sampai bila bila.
Dulu, cerita 20 tahun dulu nih.
saya ni memang lah terkenal garang.
waktu tu saya mengajar di darjah 3.
sedang saya duk di dalam kelas, ada seorang murid dari kelas sebelah yg berlari2 di koridor.
Ya lah, waktu tu tahap 2 sedang rehat,
tapi berlari tu satu kesalahan di sekolah kami walau pun waktu rehat.
Bukan sekali dia buat macam tu, dah banyak hari saya perhatikan.
saya tak kenal murid tu, mungkin murid baru.
Dan saya yakin dia tak kenal saya,
(kalau murid2 lama ,saya pandang pun mereka dah dapat agak dah meter marah saya gelegak ke tidak)
Sekali lagi dia berlari melintasi pintu kelas saya.
Siap berpekik laung nama kawan dia lagi.
Geram nyerrrr.......
Loceng menandakan tamat waktu rehat berbunyi,
Tahap dua masuk kelas dan saya keluar dari kelas saya menuju ke kelas dia.
Memang cari penyakit budak nih.
Dia duduk betul2 di tepi pintu kelas.
Sedang tekun ngadap buku walau guru kelas tu belum masuk.
"Boy, come here."
Arahan saya di patuhi.
Dia berdiri tegap memandang saya.
"Awak tak tau ke yang awak tidak di benarkan berlari waktu rehat? Awak tak tau ke waktu rehat awak tidak di benarkan berada di kawasan kelas tapi sepatutnya berada di kantin sahaja.Awak nak saya bawak awak jumpa cikgu disiplin?"
Dia nampak blurr.
'Saya tak lari pun ticer"
"Shut up!"
Panggg...! saya tampar dia.
"Dah la buat salah pas tu nak menidakkan pulak. kalau awak mintak maaf saya dah maafkan pun. ini tidak.."
.Pot pet pot pet..saya teruskan menyembur budak tu.
"Awak faham tak ni?"
Dia pandang saya.
"Ticer abang saya dah pun di panggil oleh guru disiplin. Dia yg berlari tadi. Saya kembar dia Ticer."
HAAH? Laaaa...............................................
Tau apa saya buat sebab nak cover line?
" Ok, tolong sampaikan kiriman penampar tu kat abang awak.."
Cian budak tu, rupanya bukan dia yang nakal tu, padan la saya tgok dia duk baca buku jer....
Tahun2 seterusnya saya mengajar dia Bahasa Inggeris dan dia tak pernah timbulkan masaalah.
Abang kembar dia pun dah ok, sangat hormati saya..Takut pun yer.
Untuk pengetahuan semua, minggu lepas saya terserempak dengan budak ni yg dah jadi ayah orang dah.
"Saya ingat lagi Ticer tampar saya dulu atas kesalahan yg abang saya buat..Tapi terima kasih lah Ticer, kerana Ticer ini lah saya hari ni..."
Hahahaha...Rupa nya dia dah jadi Ketua Jabatan Bahasa di sebuah sekolah yg tersohor.
Dan jangan tak caya, dengar khabar dia seorang guru yg hardworking tapi sangat garang.
Tengok lah dari siapa dia belajar dulu kannn.....

4 comments:

Cikli said...

Saya rasa nak menangis bila bab budak tu ditampar mentah-mentah... Terkenang sekolah awal 80-an dulu.

Nizam.Ariff said...

wuih... tanpa ada rasa bersalahkah? hahaha...

Granny Hani said...

Memang lah rasa bersalah, nasib baik tampar bahu jer..hehehe..

Hajjah Noraini @Nanie said...

hehehehe ringan betul tangan hani bila meter menggelegak..
Yealah, umur muda memang cepat panas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...