Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, May 15, 2013

Kita bergelar 'Cikgu'

Dah 33 tahun bergelar 'Cikgu' atau 'Ticer'
Kita 'Cikgu' ni sampai bila bila bergelar Cikgu.Kalau pencen pun, tetap orang panggil cikgu.
Sampai mati pun.
Dah mati di kenang sebagai 'Cikgu'
Sekarang saya Cikgu Hani.
Esuk2 bila dah habis usia, saya akan di kenali dengan 'Arwah Cikgu Hani'
Orang kelantan cakap..Gemulah Cikgu Hani.
Tanya lah cikgu mana pun, apa yg paling mengembirakan hati seorang cikgu.
Jawapnya ialah bila ilmu yg di ajar dapat di manafaatkan.
dan paling saya suka bila selisih bahu dengan bekas anak murid, ada yg menyapa dan memperkenalkan diri sebagai 'bekas anak murid cikgu Hani...'
Terharu tau.
Syukur jadi cikgu.

5 comments:

kakyon said...

selamat hari guru..

Nizam.Ariff said...

Selamat Hari Guru, Ticer Hani....

Jasamu akan dikenang hingga ke anak cucu... macam cikgu cakap tu, sampai ke arwah pun lekat lagi panggilan 'cikgu' tu...

Semoga tetap berarus aliran pahala masuk walau di alam barzah nanti... aminnn...

Ezza Muffinbiru said...

Selamat Hari Guru , cikgu...
Panggilan cikgu ni kekal hingga akhir hayat....

muhaini said...

Selamat Hari Guru Ticer Hani .... Makin berseri cikgu :-)

Irfa said...

betul tu,kata ma saya
'kerja cikgu kerja mulia
sampai mati oghe sebut nama cikgu
mati pun sebut jugak 'muloh cikgu ..)
tp impian ma tak tercapai
xdok sorang pun anaknya yg jd cikgu
huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...