Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, May 6, 2013

Sudah sudah lah...

Menang kalah adat bertanding.
Yang tak bertanding bagaimana pula?
Orang dah dapat tittle wakil rakyat, awak dapat apa?
Semoga penat lelah awak berkempen di hargai nya.
Semoga bila awak berselisih bahu dgn YB pilihan nanti,
dia sempat menegur bertanya khabar.
Dia tidak lupa siapa yg menjadikan dia wakil rakyat.
Dia ingat budi jasa awak menyokong dia sepenuh jiwa raga.
Tapi selalu nya,
kalau dah selepas pilihanraya,
payah dah nak bersua muka.
Tinjau kawasan pun pakai wakil saja.
Hmm..Biasa la kannn...
Hari ni dia angkat sumpah, esuk terima gaji.
Awak sila lah turunkan bendera2 tu,
buang poster2 tu..
Dah habis musim berkempen
Lepas tu jom lah kita kais pagi makan pagi.
Kalau tak kais dapur tak berasap.
Kita ada mulut perlu di suap.
Jangan sampai kera di hutan kenyang kita susukan.
Anak di rumah kebuluran..
Malam tadi pun dah hampir kebuluran kerana awak duk depan TV tunggu keputusan.
Suruh keluar beli dinner pun tak berganjak.
Saya pun samajugak,tutup dapur siang2...
Hari ni dah kembali normal dah...
Dengan ini di umumkan dapur dah di buka.
Calon yg saya undi dah menang di hati saya.
Dulu kini dan selamanya.
Siapa calon saya?
Ni dia Pojaan hati ku......


2 comments:

Anonymous said...

Adat manusia, bila perlu di cari, dah dapat apa yang dihajati, lupalah pada yang membantu.

Tapi tak semua begitu

wahida said...

biasalah kak, rumah dah siap, pahat masih berbunyik...eh, betul tak pepatah saya ni? heheh...

comelnya la...rasa nak cium2 je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...