Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, May 11, 2013

Kenapa ada tiga?

Saya ada 3 orang 'Mak'
Bertuah kan?
Sempena 'Hari Ibu' saya belikan hadiah yang serupa untuk dua orang 'Mak' saya.
Yang sorang lagi hadiah nya bentuk lain.
Adalah sebabnya..
Ni nak cerita...
Al kisah maka bermula lah riwayat seorang anak bernama'Saya'.
Emak saya yang pertama ni ialah 'Biological Mother' saya lah.
Yang melahirkan saya.
Saya berkongsi nyawa dengan dia selama 9 bulan sepuluh hari.
Sampai sekarang pun darah yg mengalir di dalam badan saya adalah darah dia.
Dia tempat saya berkongsi ketawa dan di bahu dia tempat saya sandarkan kepala di waktu duka.
Saya mewarisi warna kulit dia yg putih kuning dan bentuk badan pun lebih kurang.
Kata orang watak periang saya juga saya warisi dari dia.
Kemana jatuhnya kuah kannn....

Emak kedua saya ialah mak yg membesarkan saya.
Saya belajar menjadi saya di hari ini dengan didikan dia.
Alhamdullilah dengan didikan dia, saya khatam AlQuran semasa saya darjah satu lagi.
(Anak2 saya sendiri pun saya tidak mampu mendidik sebaik dia didik saya)
Dibawah sayap dia, tidak ada demokrasi.
Hitam kata dia, hitam lah segalanya...
Berbekalkan ketegasan dan disiplin yg tinggi,
dia memastikan saya tidak terbabas dari landasan agama dan adat budaya.
Tapi hadiah 'Hari Ibu' buat dia tak sama..Saya berikan dia hadiah yg berbeza.
Hadiah saya hanyalah doa dan sedekah buat almarhumah.
Dia tidak lagi di sisi saya tapi tetap di hati saya sampai bila bila.

Emak ketiga saya ialah dia yg saya panggil 'Ma'
Mak mertua saya.
Orang yg tidak lokek berkongsi ilmu dengan saya.
Dia begitu sabar menghadapi ribut feel perangai saya.
Dia tak jemu menasihati,menegur dan mengajar
kerana saya yakin dia hanya ingin tengok saya bahagia.
Saya belajar masak dari dia, belajar membesarkan anak2 dari dia
Belajar sabar dari dia, belajar redha dari dia...
Kerana dia dekat di hati saya,
maka sempena Hari Ibu ini saya hadiahkan hadiah yg serupa dengan hadiah yg saya berikan buat ibu saya.
Hanya untuk mereka berdua.
Yang tiga dah tinggal dua.
Mujur masih ada dua.
Dua orang bonda yg sama dekat di hati saya.
Serupa
Sama

Che dan Ma,
Nie doakan Che dan Ma panjang umur, murah rezeki dan sihat sentiasa.
Bertuah lah kami kerana Che dan Ma masih ada di sisi menyokong dan membahagiakan.
Bertuah lah anak2 saya kerana ber'nenek'kan Che dan Ma.
Bertuahlah cucu saya kerana ber'moyang'kan Che dan Ma
Terima Kasih Tuhan.
Terima Kasih yg teramat.
SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA YG BERGELAR IBU..



1 comment:

Teena Tna said...

Best nyer ade 3 mak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...