Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 12, 2013

Masing2 punya pendapat lah..

Tak usah fikir pelik pelik sangat.
Segalanya bergantung kepada nawaitu.
Salah ke kalau kita nak buat ibu2 rasa di hargai?
Bukan nya di hari lain kita tak menyayangi ibu kita.
Bukan nya di hari lain kita lupa..Ingat, sentiasa ingat.
Memang lah pada dasarnya perayaan itu di sambut hanya oleh orang2 kristian.
Tapi kita turut menyambut nya dengan niat dan cara kita.
Tak terlintas pun nak agung2kan paderi2 mereka.
Kita ni memang lah sentiasa ingat dan sayangkan ibu kita.
Mana ada anak yg waras tidak menyayangi ibu snediri?
Tapi adakah setiap hari kita berpeluang untuk ajak ibu keluar makan2, celebrate dgn berkumpul seisi keluarga?
Hari hari kah kita hulurkan hadiah dan buah tangan yang istimewa?
Mampukah kita merayakan, berseronok dan membelai hati ibu setiap hari ?
Boleh ke kita bersolat hajat, solat tanda kesyukuran kita bersama ibu di setiap hari?
Mampukah kita hari2 membaca yasin bersama ibu dalam suasana penuh kasih sayang setiap malam?
Tapi di 'Hari Ibu' kita luangkan masa dan kita seronok buat semua tu kan?
Meriah sebab setahun sekali...Macam hari raya pulak rasa nya.
\Walau ingatan tetap ada saya yakin untuk buat begitu hari2 adalah sangat mustahil.
Syukurlah saya masih boleh melafazkan penghargaan buat ibu saya biarpun hanya sehari dalam setahun.
Syukurlah saya masih ada peluang dan kesempatan.
Agaknya yang bising2 duk fikir negatif pasal hari ibu tu seorang ibu ke tidak?
Entah lah, mungkin dia orang yg bernasib baik dapat bersama ibu setiap hari dan merayakan hari ibu hari hari...
Saya yakin dia juga mempunyai seorang ibu...
Tak ke awak rasa nak lihat senyuman ibu bila awak ucapkan 'Selamat Hari Ibu, mak'...
Jangan cepat melatah...
Nak cari silap orang lain senang tapi cuba baiki zip baju sendiri, koyak tu....

3 comments:

sal said...

i like...
kita buat cara islamik..sekurang2nya mengingatkan kepada ibu2 akan usia yg sentiasa meningkat setiap thn...

makcu B said...

Setuju. Mek gak sudah bulih ingat... bule 5 akan muncul Hari Ibu kerana hari inilah mek ambo akan dapat hadiah yang membolehkan beliau bercerita kepada teman2 yang seangkatan dengannya tentang hari cerianya.

Teena Tna said...

Betul, setiap hari adalah hari ibu, cuma pd hari ini kita beri penghargaan pd mak kita lebih sikit..
Btw nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...