Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 14, 2013

Bila diserang kuman malas.

Adehhh...berbuka puasa sorang sorang ni dasyat tau!
Nak masak, malasssssssss..!
Nak keluar beli pun malas juga sbb pilihan lebih kepada tidor.
Nak order fast food, malas nak order online.
Nak call malas nak ikut arahan.."tekan 1 untuk bahasa..bla bla bla....'"
Tapi apa susah, bukan nya ada mulut orang lain yg perlu disuap.
Sendiri punya mulut, sendiri tanggung laaa...
Pukul 7 ptg, bukak peti ais dan termenung depan rak yg sarat.
Apalah punya malas petang ni, nak panaskan yg dah siap masak tu pun tak daya.
Tenung dan tenung.
Akhirnya jam dah menunjukkan 5 minit lagi nak berbuka.
Tinggg...! idea sudah datang.
Maggi.
Maggi pun maggi lah.
Cepat dan mudah.
Tak kira, nak gugur rambut ke, nak kabur mata ke..
Saya tetap pilih Maggi Mee.
Sebenarnya tak ada pilihan, last choice.
Sedap apa?
Apa tak sedap nya, dah di serang kuman malas ni, telan saja lah.
Hapa punya peel lah ni..
Nasib baik dah kawin, kalau tak, tak siapa nak buat bini.

4 comments:

Azian Elias said...

aduii.. kalau u kena penyakit malas cam ne mmg i langsung tka makan lah nampaknya.. sebab i tak suka maggi.. tp kalau terpaksa, mungkin kot.. but if ada biscuits n coffe. ok dah tuu...

secangkir madu merah said...

cekali cekali makan megi sedap juga.. hehehe

LIPISLADY said...

Assalamualaikum Cikgu Hani,

Nampak gayanya kita kena buat lagu
macam P Ramlee tu lah, ikut rentak lagu madu 3,

Ai senangnya dalam hati,
bila aku tinggal sorangg..
Jikalau..perutlapar, aku makan ai maggie..hahaha..

Tentang jarum kait tu, nanti kakmah kat kedai yang selalu kakmah beli tu, ada tak yang besar tu, Kalau ada nanti kakmah tolong belikan utk cikgu k..
apa2 pun nanti kakmah bagi tau..

Granny Hani said...

LIPISLADY,
Terima kasih.Memang selalu duk tgok hasil kerja tangan yg cantik tu..terasa nak mengait pulak..heheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...