Sepatutnya saya besarkan anak2 sebagaimana saya dibesarkan.
Cara saya besarkan anak lah yg menghasilkan anak2 saya hari ni.
Jauh beza dgn 'product' yg di hasilkan oleh orang tua saya.
Wahai anak2,
Mummy di bawah pengawasan arwah Che dan arwah ayah dulu tak berani langsung bersuara.
Betul atau tidak, mereka sentiasa dapat permit ' betul'.
Apa pun yg keluar dari mulut mereka adalah arahan yg perlu di patuhi.
Wajib di patuhi.
Mulut sendiri mesti di kunci, jangan menjawap.
Kalau pun hati nak memberontak, pandai2 lah sorok emosi.
Mana boleh nak tunjuk perasaan, tak berani.
Suara jangan meninggi, makan jangan mendahului, langkah jgn keras dan wajah jgn ada bayang marah...
Solat di kira, di tanya dan di soal siasat lima waktu sehari.
Yassin jgn beku dlm laci, quran di baca berulang kali.
Bila tamu berkunjung, keluar sekadar untuk tunjuk muka dan bersalam.
Lepas tu diam jgn ganggu orang tua brsembang, nak kelahi adik beradik pun kena KIV dulu, tunggu tamu pulang.
Kalau ada suara yg tidak menyenangkan dari kami, tengok lah siapa yg akan dapat cop biru di peha bila tamu nalik nanti.
Begiu juga jika kami bertamu ke rumah kenalan atau saudara.
Duk diam diam di kerusi, bersuara hanya bila di sapa, makan hanya bila dipelawa dan jgn gatal tangan nak sentuh apa2 perhiasan di rumah orang.
Dari dlm perjalanan lagi kami diingatkan, kalau engkar, tak tunggu balik rumah, dlm kereta dah kena pulas telinga.
Hormat orang tua sentiasa jadi tazkirah harian.
Depan org lebih tua,jalan jgn menyapu awan.
Kalau menziarah, tangan jgn kosong, bawalh buah tangan biarpun hanya sehiris kuih.
Sebelum pulang, brjabat tangan dn rendahkn kepala ke tangan.
Budak2 sekarang...
Sudah tidak kenal bahasa rotan
Tidak endah dgn jelingan mata walau kita jeling sampai terkehel biji mata.
Wahai anak2,
Kalau kamu merasakan mummy ni terlalu kejam,
Kamu sebenarnya tak tau pentingnya membesar dalam segala peraturan dan undang2 untuk menjadikan kamu manusia
Tanpa peraturan, tanpa adap sopan, kamu tak ada beza dgn itik ayam.
Ya, memang tak mudah membesar sebagaimana mummy di besarkan,
Tapi mummy begini hari ni adalh berkat didikan yg keras begitu dan
Kamu begini hari ni adalah kerana kelemahan mummy mendidik kamu
Oleh itu anak2,
Mummy sebenarnya rasa amat bersalah.
Bukan begini sepatutnya,
Bukan macam ni,
Bukan hanyut seperti ranting patah di telan arus sungai
Tapi jadilah pohon yg gagah rendang dan berbuah tempat mummy tumpang melepas lelah.
Failed. Mummy kah yg failed?
1 comment:
Salam Mummy..
sy 100% setuju dengan mummy.wp sy lahir ptghn thn 80an, tp cara didikan yg sy terima agak "keras" sama cam mummy..tp, sy bsyukur coz dengan didikan itu lah sy mjadi diri sy arini...
bila sy cuba aplikasikn didikan dl pada anak sy, tnyata kurang bkesan.arus pmodenan mbawa gelombang yg turut mlemaskn sy yg mlihatnya....
-Puteri Salju-
Post a Comment