Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, April 30, 2014

Semangat yg lebih..

Macam askar yg nak turun berperang..
Senjata kelengkapan siap sedia.
Jangan terencat kerja hanya kerana tak cukup peralatan.
Mau buka tanah rancangan ke ni?
Berapa ekar kebun dusun?
Loh la weiiiiii., asal bahagia.
Kasut, selipar dan stokin khas melindungi kaki
Topi mengadang panahan mentari
Sarung tangan membungkus jari
Tuala kecik menyerap keringat di dahi
Peralatan berkebun sebaldi
Tab tak tinggal senang nak rakam bukti
Minuman sejuk berais satu mug kadang2 satu jug.
Ubat nyamuk kena pasang, kalau tidak sang nyamuk kekenyangan.
Anak pokok mabuk baja
Benih bercambah sayangnya tidak ku tahu benih pokok apa.
Kata nak jadi Hang kebun,
Pokok terung pun tak kenal,
Rumput disiram, pokok ulam di cabut buang.
Pak pandir pun gelak tengok saya berkebun!
Gelak la Pak Pandir, Kang saya sembur racun serangga ni baru tau.
Owh best nya kalau racun serangga boleh membunuh segala kenangan.
Lagi best kalau lemak badan boleh dijadikan baja,
Gemuk lh pokok anggur saya nanti.
Saya berjanji, 3-4 bulan dari sekarang,
Taman saya akan siap sepenuhnya..
Wait n see, InsyaAllah kalau Hang Kebun x mati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...