Cerita pasal orang lain byk,
tapi x berminat untuk kongsi dosa mengumpat di sini.
Cerita pasal diri sendiri pun banyak tapi x semua perlu di kongsi,
Yang layak untuk di kongsi dah hari2 saya kongsi.
Memandangkn akhir2 ni saya 'gila berkebun',
Cerita berkisar pasal kebun.
Pasal pasu dan baja.
Pasal pucuk dan bunga.
Ni nak cerita pasal Hang Kebun yg sedang menaip ni.
Hang Kebun yg sanggup berpanas setiap petang.
Muka dah gelap warnanya, hangus di jilat mentari.
Setiap malam kena pakai lotion calamine sbb kulit jadi gatal2
Selipar getah dah kena beli yg baru, semalam putus dah yg lama.
Topi hari2 gilir mana yg ada...
Sarung tangan hilang, cucu buang entah ke mana.
Gadget berkebun selonggok, pantang tgok kat kedai, beli semua.
Semangat bukan main lagi...
Sayang sekali....
Tabur benih dan bila perlu di alih anak2 terung yg baru bercambah ke dalam pasu,
Hang kebun tak kenal mana anak terung mana anak rumput liar..
Ku cabut dan buang anak2 terung dan yg ku tanam pokok entah hapa2 rupanya.....
Okk alohhhhhlaaaaa.....!
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Monday, April 21, 2014
Hang Kebun lesen 'L'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Hahahaaaaa...... Tahniah kerana rajin berbakti pada tanah. Akan berhasil nanti, Insya'Allah. aG.
semangat tu yang penting.saya selalu patah semangat bila yang ditanam layu,rumput dan lalang pula yang gebu.Orang kata tangan panas sbb tu tak menjadi..atau pun berkebun separuh hati.
semangat tu yang penting.saya selalu patah semangat bila yang ditanam layu,rumput dan lalang pula yang gebu.Orang kata tangan panas sbb tu tak menjadi..atau pun berkebun separuh hati.
rajin berkebun.. i sekarang langsung dah tak pegang.. kederat dah tak mampu dah...
tapi yang best hasil dr berkebun pasti buat kita happy kan..
Post a Comment