Aku ingin menangis puas puas
Teriak kuat kuat
Biar suara ku hinggap di bulan
Biar getar tangis ku meluruhkan bintang bintang
Aku ingin tangisan ini tumpah ke laut
Sedu sedan menjadi gelora samudra
Taufan di hati berpindah ke dada laut
Ganas menggila
Biarkan aku menangis sungguh sungguh
Biar mata bengkak merah terbakar
Biar sedu menjerut kerongkong
Biarkan aku nyanyikan lagu pilu ku
Meski suara sudah serak
Dan kebas lidah dan pipi
Aku tidak mau berhenti hingga puas
Sehingga lega
Aku ingin menangis lagi dan lagi
Dan lagi dan lagi
Subuh tadi sejadah ku basah menadah duka ku
Tuhan, aku ingin menangis sepuasnya
Kutip lah desir tangis ku ini
Pujuklah aku dengan rimbun rahmat dari mu
Aku persembahkan teriak tangis ku ke ribaan Mu
Kerana aku hanya ada kamu
Hanya kamu Allah ya Rabbi,
1 comment:
sabarlah puan..ibu saya juga sudah 14 tahun menjaga kakak yang sakitnya seperti dr. ja..diserang asthma ketika mengandung anak kedua atas kecuaian pihak hospital kakak lambat diberikan oksigen dan hampir 15 minit tiada bekalan oksigen ke otak dan menyebabkab "brain damage" sehingga kini ibu masih setia menjaga kakak..tabahlah puan ade hikmah disebalik kejadian ini.
Post a Comment