Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, July 8, 2014

Puasa ke10

Hari ni terdengar dari mulut seorang rakan yg bernama Azipah
Dia di tanya oleh seseorang,
" Suka kah menjadi Azipah?"
Senyum riang yg sentiasa terukir di bibirnya,
Bahagia di hati nya
Keberkatan yg sentiasa mengekori nya
Kemewahan kasih sayang yg menyeliputi diri nya
Sudah cukup untuk menjawap soalan itu.
Tak perlu dia mengiakan.
Tak perlu menidakkan juga
Segalanya terang dan nyata
Tak perlu bersuluh
.'Suka kah menjadi Hani?"
Azipah, jika kau bertanyakan soalan itu pada ku
Aku menjadi bisu.
Tak tau.
Apa pilihan yg aku ada duhai Azipah?
Aku lebih suka menjadi kamu.
Boleh kah begitu?

Ada kala aku pun tidak lagi mau terus menjadi aku

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Setiap manusia itu telah dikurniakan Allah kelebihan diri sendiri.. sukai lah kelebihan yg ada pada diri kita sendiri kan..

makcu B said...

Azipah jawab:
T.kasih kerana 10 Ramadan bersiaran bersamaku. Adussssss nak tergelak sgoti heheheheheee.....

Kabie, kabie....mere dil mei
Kadang-kadang dalam sehari kita bergelak ketawa, ada ketikanya dalam beberapa hari kita berduka. Itulah rencah hidup.

Azipah pun pernah bermimpi nak jadi Hani. Hani bijak, pandai kecek omputih, pandai masak, pandai hias rumah, pandai melukis,pandai didik anak, boleh bawa keta sampai hujung dunia, memiliki harta dan rupa. Lengkaplah kiranya. Hani mesti terus jadi Che Honey Honey....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...