Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, May 14, 2018

Bulan mulia dah menghampiri...

Dah banyak hari duk kalut pasal PRU.
Banyak kerja wajib dan kerja sunat tergendala..
Hari ni malas dah nak duk kutip baca posting pasal politik
Tumpu kepada keperluan peribadi pulak.
Esuk lusa dah nak puasa
Eluk la saya fokus kepada persediaan untuk saya hadapi
bulan keberkatan ni.
bulan yg lebih baik dari 1000 bulan .
Selalunya bila bulan Ramadhan,
Gaya hidup sedikit berubah.
Kalau hari biasa, pagi2 kalut nak keluar cari breakfast,
Bulan ramadhan pagi2 bila selesai kerja rumah,
boleh lah bertadarus.
Saya tak tau kenapa, tapi baca quran di pagi bulan Ramadhan
terasa lebih tenang, amat tenang.
Mungkin kerana dlm otak tak ada tugasan lain duk nanti.
Bukan macam hari biasa, waktu tu kita sibuk nak gi pasar lah,
nak buat itu nak buat ini..
Kadang tu ada tamu menyinggah.
Tidak pun kita yg keluar ke sana ke sini.
Bulan Ramadhan jadual berubah.
Tengahari tak perlu kalut ke dapur.
Dapur sunyi di siang hari Ramadhan.
Singki tak basah, pinggan mangkuk rehat.
Waktu tgahari boleh lah nak lelap sekejap..
Tenang dan aman jer rumah selepas zohor.
Waktu asar baru mula nak ke pasar ke, nak masak ke.
Petang sedikit baru sibuk di dapur sehingga lah selepas waktu berbuka
Kalau dulu lepas magrib bersiap siap utk ke masjid, berterawikh.
Sekarang, semenjak anak saya sakit saya tak pergi masjid dah.
Saya solat sunat dekat rumah saja.
Masa utk solat terawikh di rumah tak selama bila solat di masjid.
Dgn kata lain saya sempat bukak quran selagi lagi selepas tu.
Sebelum tidur saya kemaskan dapur dan
sediakan apa2 yg perlu untuk dimakan sahur nanti.
Hmm..tu rutin saya di tahun lepas lah,
Tahun ni belum tentu lagi
Semua nya bergantung atas perancangan Tuhan kerana
ketentuan dia mungkin tak serupa dgn perancangan kita.
Esuk lusa Ramadhan.
Sempat ke saya menghirup udara bulan mulia ini sekali lagi?
Masih ada baki nyawa kah?
InsyaaAllah.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...