Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, May 7, 2018

Kasut kita berbeza..nak cuba pakai kasut saya?

Saya mungkin tak mengundi kali ni
Saya mungkin tak akan balik kampung hanya untuk mengundi
Serahkan kepada org lain saja menentukan siapa yg akan memerintah
Redha
Biarkan saya dengan dunia saya
Cukuplah saya hadapi dugaan saya ni
Fikiran saya hanya untuk urus dia
Tumpuan saya pada keselesaan dia
Adakan keperluan dia
Menyayangi dia selamanya.
Bukan saya x ikuti perkembangan warna
Gelombang warna pilihan raya.
Tapi
Otak saya dah buta warna
Kerana warna apa pun tidak mampu mencuri perhatian saya
Masa saya tidak byk untuk pandang ke luar jendela
Mata lebih acap merenung dia dan menyulam rindu
Dalam redha pun ada kala sebak menjerut rasa
Di bawah bumbung ini saya lalui hari2 saya dgn dia
Hanya dgn dia..
Sokongan moral dari sanak saudara dan kawan2 menggagahkan langkah saya
Membuatkan saya kuat untuk terus senyum walau di hati bersarang duka
Ini lah yg lebih penting buat saya
Keutamaan saya.
Saya hanya doakan semoga orang lain bijak memilih
Bijak menentukan masa depan negara.
Kerana bagi orang lain masih byk agenda utk di realisasikan.
Sedangkan bagi saya, tidak ada beza, warna apa pun serupa.
Tidak ada warna yg boleh kembalikan bahagia di hati saya
Tidak ada warna yg mampu mengubah nasib kami berdua
Saya akan tetap begini dan dia begitu.
Hanya Tuhan yg mampu merubah segalanya.
Wahai manusia yg tidak berada di tempat saya,
Cakap la nak cakap apa pun.
Marah la kalau nak marah pun.
Hukum lah kalau nak hukum pun.
Saya tak kisah.
Hanya saya yg tau macam mana kehidupan saya sekarang.
Saya yg lalui segalanya.
Saya hanya berpegang pada satu prinsip.
TUHAN KAYA.
TUHAN TAHU SEGALANYA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...