Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 18, 2018

Menjawap soalan seorang kenalan.

Kalau dulu dulu..
Bercakap sorang sorang di kira dah tak betul
Sewel
Gila
Sekarang ni bercakap sorang sorang seperti saya ni,
di panggil blogger.
Berblog ni seperti bercakap sorang sorang.
Kita lahirkan apa yg ada dlm minda
Tulis....
Orang baca ke tidak itu soal kedua.
Janji hati puas boleh lepaskan yg terbuku
Suratkan yg tersirat.
Hentam saja tajuk apa pun
Pedulikan apa komen orang
Kalau orang setuju, kita suka la, ada geng.
Kalau org x setuju pun tidak apa.
Tidak ada undang2 mengatakan kena ikut hati orang.
Blog kita suka hati kita lah nak cakap apa.
Merapu pun merapu lah.
Jangan banding blog orang dgn blog saya.
Setiap orang menulis dgn sbb yg tersendiri.
Kenapa saya berblog?
Ni sebab nya...
1. Nak keluarkan apa ada dlm kepala.
2. Nak kongsi kalau ada orang nak baca
3. Nak mengadu pada blog, nak ngadu pada orang tak ada siapa yg sudi nak ambik peduli pun.
4. Nak simpan catatan hati sebagai diari.
5. Nak jadikan pusaka buat anak cucu bila mati menjemput saya kembali ke ribaan Pencipta.
Blog ini ada saya. 100% saya,
Kehidupan saya dan pengalaman saya
Suka duka saya
Jatuh bangun saya.
Siapa yg ikuti blog saya lebih kenal saya dari yg berada di sebelah saya.
Sentiasa berdoa semuga Tuhan bagi saya kekuatan dan kesihatan untuk terus berblog.
Dulu dah beku sekejap kes hilang password, nasib baik boleh recover.
Kalau tidak ada blog siapa lah saya?
Hanya seorang wanita buruk rupa yg lanjut usia yg tidak memiliki apa2, tidak pernah berjaya dalam apa2,..
Tapi saya bersyukur kerana dalam payah saya tetap ada senang.
Tuhan sentiasa permudahkan,
Alhamdullilah.
Saya ada Tuhan.
Ya Rahman ya Rahim, ya Hayyum ya Qayyum
Hanya ada Tuhan.
Selamanya.



1 comment:

I am LZ said...

Salam Ramadhan GH..
Blogging memang seperti bermonolog dengan diri sendiri. Tak kisahlah apa pendapat orang yang penting ianya lahir dari hati, genuine. In shaa Allah ada peminat tersendiri cuma di belakang tabir tetapi menjadi pembaca setia.
So keep blogging.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...