Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 22, 2018

Nak mula langkah ke depan.

Dah dah dahhhh!!!
Jangan pandang belakang.
Fokus ke depan.
Saya seperti di persimpangan jalan
Perlu ambik jalan mana, kiri ke kanan..
Tak tau...
Terpulang pada keadaan.
Buat masa ni dalam batu jemala patek ni hanya satu.
Nak teruskan hidup dengan langkah baru.
Misi dan visi sudah berubah.
Perlu berubah demi baki usia.
Saya nak cuba jadi kuat
Demi anak2 yg masih perlukan saya.
Saya yakin Tuhan sentiasa bantu saya berdiri sendiri.
Rancang sendiri, urus sendiri dan selesaikan apa jua masaalah sendiri.
InsyaAllah boleh.
Saya perlu bahagiakan hati saya sendiri
Buat apa yg saya suka
Tak perlu untuk puaskan hati orang lain, janji hati saya terbela.
Being alone is when you have total right of yourself.
Nak makan apa, nak pakai apa, nak pergi mana..
Nak naik ke langit dan terjun turun pun tak apa
Asal jgn menyusahkan orang lain dah.
Asal tidak bertentangan dgn hukum agama
Asal tidak merbahayakan diri dan anak2.
Kannn?
Hari ni saya duk tilik keliling rumah..
Terasa macam rumah ni terlalu besar utk saya.
Bila dah besar tu maksudnya terlalu byk ruang yg menyimpan sepi.
Boleh ke saya terus di sini?
Rasa macam nak gi duk pondok belajar agama lh.
Tapi sekali sekala anak2 balik macam mana pulak?
Ya tak yer, kalau anak2 semua dah berkeluarga lain lah.
Ke patut saya pindah duk rumah saya yg lebih kecik?
Uish, apa2 saja lah saya ni...
Duk di mana pun x ada masaalah sebenarnya.
Bukan rumah yg jadi masaalah nya.
Cara nak hidup selepas ni yg kena fikir baik2.
Ubah cara ke arah yg lebih baik, tu lebih penting.
Ya Rahman, ya Rahim...
Tuhan itu pemurah dan penyayang.
Adalah tu perancangan Tuhan buat saya..
Rahsia Tuhan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...