Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Thursday, June 14, 2018
Tak ada bau raya pun.
Hari ni terakhir puasa Ramadhan.
Esuk dah raya, bagi orang lain!
Bagi kami, tidak ada sambutan raya.
Oleh kerana esuk kami tak beraya, maka hari ni kami tak buzy.
Relax jer.
Pertama kali dlm hidup saya, saya tak buat persiapan raya.
Baju baru ada tapi terlipat kemas tidak akan dipakai.
Cukuplah berjubah hitam saja esuk.
Kepada yg beraya tu saya ucapkan selamat hari raya.
Maaf zahir batin.
Jangan pedulikan saya, saya tak apa apa.
Saya redha. Famili saya redha.
Esuk saya akan pesan pada diri sendiri
Jangan tumpahkan air mata.
Cuba simpan tangisan.
Raya tak baik menangis!
Ingat tu hani!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment