Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, June 18, 2018

Syawal ke4

Dah 4 Syawal.
Tetamu yg singgah masih belum surut.
Alhamdullilah.
Masih ramai yg prihatin, yg ambik peduli.
Yang dah pernah singgah waktu hari kematian dulu pun ada yg singgah lagi
Menjenguk saya, bertanya khabar saya dan keluarga.
Terima kasih
Saya hargai perhatian yg diberi
Hanya Tuhan yg mampu membalas budi jasa baik sanak saudara, ingatan teman taulan dan sokongan emosi dari semua.
Rupanya ramai yg sentiasa ada dibelakang saya
Menongkat saya andai saya rebah,
Menegakkan saya bila saya condong
Ramai
Teramat ramai.
Terharu bila pelbagai pesan dan nasihat singgah di telinga.
Hani kena kuat tau...
Jaga diri, jaga kesihatan...
Bertabah lah hani...redha
Kalau ada apa2 call ya..
Kalau perlu bantuan cakap jer
Jgn risau kami ada
Jgn sedih sedih, pandang ke depan.
Macam macam....
Ni yg buat saya rasa nak menangis nih.
Terharu sangat sangat.
Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan mereka dalam kehidupan saya.
Tidak apa lah kalau pun saya miskin harta
Sebenarnya saya kaya...
Kaya sokongan dan perhatian.
Alhamdullilah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...