Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 11, 2009

Teman Baik Wanita



Mana ada wanita tak ada beg tangan?
Berbagai warna, jenama dan saiz..
Apalah agaknya yang ada dalam handbag tu..
Tengokkan saiz nya tu, sekor kambing pun muat nih!
Ok I nak declare apa yang ada dalam handbag I..
Biasa saja, tak ada yang menyalahi akta pun..
-Purse isi duit dan kad2 nyawa
-Handset
-Pendrive
-Pen
-Cermin mata
-Bedak,gincu,lotion dan perfume
-Tissue
-Ketip kuku
-Kunci
-Panadol/Actal
-Brooch/cincin
-Floss/gums
-Getah ikat rambut
-Buku memo
-Sweets

Itu barang yang di 'declare'..
'Undeclared items' banyak lagi...
-Buku kecik buat tulis hutang atau no hset dan alamat teman yg terserempak kat mana2..
-Resepi yang di koyak dari majalah mana entah..berlipat lipat
-Catalog direct selling pinjam dari kawan semalam, untuk study malam ni.
- Resit supermarket dah kuning di makan usia..nak buang ada no hset kt belakang.
-Bil talipon n kad kredit yg tak nak didedahkan jumlah nya..shhhy!!!!!
-Slip gaji dari bulan sepuluh lagi..
-Slip gaji kawan yang entah cmna boleh ada dalam beg kita..
-Senarai barangan yang perlu dibeli..time beli tu tak tengok lak senarai..hentam jer!
-Aksesori yang nak bawak pegi kedai untuk di baiki
-Sarung kaki anak yang dah dipakai kesekolah semalam, ke the day before?
-Sarung kaki mak ada jugak...
-Tissue yang dah di gunakan..
-Sanitary pad untuk emergency..
-Cenderamata dari tempat kenduri..dah seminggu dah..
-Asam boi yg dah di bukak paketnya..separuh dah tergolek kat dasar beg
-Hair brush..sebesar2 hairbrush, ambik dalam kereta sementara nak simpan balik.
-Kueh yang tak habis di makan,bungkus dalam tissue...kueh bila nih?
(Padan la dari semalam meriah benar semut2 berulang alik kuar masuk beg i nih!!!

Muat lagi ke kalau nak isi 'Pistol' barang sepucuk?????




3 comments:

Anonymous said...

Gunting nak buat tikam org tak isi sekali dlm beg cantik tu?

hani@debumelukut said...

hahaha..ingat lagi awak yer..

Anonymous said...

cam ubat saya jer tu.... heheheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...