Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Sunday, February 1, 2009
Aku sudah tidak layak di situ...
Kau menarik ku keluar dari daerah cinta mu
tidakkah kau lihat tangisan di hati ku
Tidak ada kah belas di hati mu
melihat aku terluka begitu
Walau hati yang meronta ronta
tidak rela
Kau tetap dengan keputusan mu
Pintu hati mu telah kau buka luas
Dan kau mengusir ku dari situ
Aku terpandang benci di mata mu
Jemu yang telah terkumpul
entah dari bila dan mengapa
Memang sudah tertulis begini
Aku layaknya hanya berada di pintu
mengintai ruang untuk ku kembali
menumpang sejuk syahdu kasih mu
bagai dulu..
Tapi biarlah
Walau ku dipersilakan bertamu lagi
Aku tidak mungkin menjejakkan kaki lagi
Kerana sedia maklum
Kekurangan ku akan sekali lagi
menjadikan aku tidak pantas
untuk cuba bertapak
dihati mu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kadang2 kita silap membuat tafsiran walaupun semuanya masih kekal seperti dulu.....
Post a Comment