Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 14, 2009

Siapa kalau bukan Dia


Sewaktu ku menangis, Dia yang menyapu tangisan ku..
Sewaktu ku kesepian,Dia menemani ku..
Sewaktu ku marah, Dia menyejukkan hati ku
Sewaktu ku kerisauan, Dia menenangkan hati ku

Bila ku memerlukan teman, Dia ada...
Bila ku kehilangan semangat, Dia mengembalikan nya
Bila ku tersungkur, Dia mengangkat ku untuk berdiri
Bila ku hanyut dan tenggelam, Dia pastikan aku kembali ke tepian

Semasa ku ketawa, Dia tersenyum memandang
Semasa ku bahagia, Dia tidak menjauh
Semasa hati ku berbunga, Dia bajai cinta ku
Semasa jiwa ku tenteram, Dia tetap ada ..

Dalam susah atau senang, Dia ada
Dalam duka atau riang, Dia sentiasa bersama

Jika hidup adalah yang terbaik untuk ku,
Aku pasti Dia panjangkan umur ku..
Tapi jika mati itu lebih baik bagi ku,
Aku rela saja Dia matikan aku..

Hanya Dia yang tahu segalanya.

1 comment:

adik said...

salam...kak. apa khabar? lama x harap sihat2 saja..

ada masa datanglah melawat blog baru saya..cerita aku blog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...