Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 21, 2009

Bukan buah kepayang

Wan,
kalau orang tak pandang pun tidak apa,
kerana di mata mereka
kita mungkin tidak apa apa
Kalau orang tak sudi pun tidak apa
kerana di minda mereka budi kita
tidak ada harga nya
Kalau orang tak sayang pun tak apa
kerana di hati mereka
kita sudah tidak lagi
teristimewa..
Wan,
Hanya kita yang tahu
yang terpaksa di telan itu
begitu pahit dan memabukkan.
Kalau buah kepayang..
Dah lama kita buangkan
Tapi kehidupan dan realiti
harus di hadapi..

( Wan, tabah lah dan sentiasa ingat, setiap orang tidak lari dari masaalah..Hadapilah dengan sebaik mungkin kerana Tuhan tidak pernah menzalimi makluknya....)

1 comment:

Anonymous said...

Hani terima kasih ani...hani memang puitis... terusik n menikam jiwa wan... sekali lagi terima kasiiiiiih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...