Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, February 3, 2009

Kerenah anak

Pening ..Pening..Apa apa aje lah anak ku ni...semalam sakit kepala, tak gi sekolah..hari ni sakit apa pulak ni..tido dari awal malam lagi..bangun je cakap tak nak gi sekolah esuk.Apa kena ni..Ikut geram ku nak saja aku ketuk kepala tu..kalau kecik2 aku dah bagi rotan dah..ini dah sekolah menengah. geram sungguh!
Bila di soal siasat ala CIA gitu, dia kata dia kena bully sebab pelajar baru..Bully? Tak caya aku. Look at her, body besar boleh tahan, tomboy lagi..orang tengok pun takut..sapa berani bully??kalau dia bully orang lebih munasabah..dah la sekolah semua girls, pas tu sekolah yang terkenal dengan pelajar yang sopan dan berdisiplin...Ini mesti anak ku yang buat cerita nih..
Itulah, hanya orang yang ramai anak macam aku ni lah yang memahami betapa perit nya nak membesarkan anak2..berbagai ragam! Walau senak otak camana pun, tetap syukur kerana dianugerahkan cahayamata...Namun tidak dinafikan, susah sungguh menjaga amanah dari Tuhan ni..Selagi Tuhan masih meletakakn amanah ini di bahu ku selagi itu lah aku akan berusaha sebaik mungkin...Quantiti tak penting, qualiti yang mesti di ambik kira..kalau dapat quantiti dan qualiti itu kira bonus laa...tak gitu mak2 dan bapak2???

1 comment:

Anonymous said...

Mujur la cikgu Lah takdak doh, kalu ada lg, kena lempang,harus terbang kaki bully tu.Klu tak pun kena sepak, melekat kat dinding.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...