Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, March 6, 2009

Pagi Jumaat

Cepat nya masa berlalu..Makin hari makin bertambah usia..Di pagi jumaat ini entah kenapa aku tiba tiba terasa nak luahkan apa yang bermain di minda.Agak nya berita kematian sahabat ku telah membuatkan aku merasa kerdil nya aku sebagai makluk Tuhan.Bila bila masa kita akan di jemput mengadap Dia yang telah meminjamkan nyawa.
Syukurlah, perjalanan hidup di sepanjang usia yang di pinjamkan oleh Tuhan ni telah ku tempuhi dengan penuh keberkatan.
Asam garam kehidupan memang tidak dapat di elakkan dan aku tidak menafikan yang ada kala nya aku hampir angkat bendera putih..Tapi aku berterima kasih kerana Tuhan telah memberikan ku kekuatan untuk meneruskan jua perjalanan selagi ada usia. Aku redha.
Segala suka duka kehidupan lah yang menjadikan siapa aku di hari ini. Berbekalkan usaha dan doa aku telah harungi setiap ranjau yang tersedia buat ku, renangi setiap lautan duka dan susuri setiap lurah kepayahan..begitu juga setiap kenangan manis telah ku bingkaikan di hati, setiap senyum tawa yang pernah menyapa dalam hidup ku tidak pernah ku lupakan. Segalanya menjadi pengalaman yang akan ku kongsi sebagai panduan untuk anak anak ku nanti..
Kita tidak akan bangun jikalau kita tidak pernah jatuh. Kesilapan adalah guru yang terbaik untuk mendewasakan kita.Aku tidak kesal dengan kesilapan yang telah aku lakukan sebaliknya aku menjadikan kesilapan lampau sebagai perisai supaya aku tidak mengulangi kesilapan itu untuk kali yang kedua..InsyaAllah, Tuhan bersama ku.
Alangkah tawar nya rencah kehidupan bagi mereka yang tidak ada apa untuk di jadikan kenangan..Alangkah rugi nya sebuah kehidupan seandainya kita hanya menjalani rutin harian yang membosankan..Zon selesa itu sebenarnya tidak se selesa mana kerana tidak mustahil Zon selesa itu akan membuahkan rasa kebosanan..Sesekali jenguk lah ke tabir realiti yang lebih memberi makna dalam perjalanan yang panjang ini..
Hari ini aku cukup berterima kasih kepada semua yang telah bersama sama mengukir kenangan, samaada kenangan manis atau sebalik nya. Ku hargai semuanya.
Tuhan masih memberi peluang untuk ku bernafas di daerah ini. Aku akan teruskan melakar warna warna kehidupan dengan seribu harapan dan impian.Aku percaya Tuhan maha mengetahui, lantaran itu aku memohon kepada Nya, bimbing lah daku ke jalan yang terbaik buat ku..
Dikesempatan ini aku menyusun jari sepuluh kepada semua yang pernah terguris hati dan perasaan sama ada dengan kata kata ku mau pun dengan perbuatan ku. Sama ada di sengajakan atau di luar sedar aku meletakkan segala yang kurang itu adalah dari kelemahan ku..Kita manusia biasa tidak lari dari salah dan dosa..Ampunkan lah aku.

5 comments:

uk said...

salam buat sahabatku..sal suka baca apa yang hani coretkan.terlebih dahulu sal minta maaf sebab tulis comments ni tak minta izin empuanya blog.apa2 pun hani tetap sahabatku dunia dan akhirat...semuga terus sukses menjalani kehidupan seharian....AMINNNNNN.

Granny Hani said...

tq ungu

Anonymous said...

Tepat and forgive me for always turning to you sis.

Anonymous said...

Duka dah bahagia seperti Oksigen dan karbon dioksida.Keduanya penting utk kehidupan.Kknie dah lalu segalanya tp ada duka yang lebih duka .MENEMANI ANAK MENGHELAKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR.

Anonymous said...

salam...akak.

saya bila baca artikel kak..sayu rasa hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...