Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Sunday, November 1, 2009
Tuhan lebih menyayangi 'Abah'
Saratnya duka di hati Sheila,
Melimpah di kolam rasa
berkaca di mata.
Sheila, kami merasai setiap luka itu
Kerana ranjau itu telah kita lalui bersama
Dihati mu hari ini yang ada hanya perkataan 'Kenapa?'
Jawapan nya tidak ada pada ku,
Tidak ada pada kami biarpun kami mengerti.
Tuhan lebih sayangkan dia.
Tuhan telah memilih dia hari ini.
Esuk lusa,
Entah kita yang di ajak nya pergi.
Sheila tidak kami biarkan sendiri di ruang payah ini.
Kelmarin kita sama2 ketawa panjang bersama mu.
Hari ini kita sama2 tumpahkan tangisan.
Gagahlah menghadapi hari2 mendatang.
Tabahlah kerana kita tak lepas dari ujian.
Redhalah pemergian 'Abah' yang tersayang.
Hadapilah esuk dengan tenang.
Kami bersama mu Sheila.
(Al Fatihah buat 'Abah' Sheila yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.KepadaNya lah kita semua kan kembali..Innalillah..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Al Fatihah
Sallam cikgu Hani, Al Fatihah buat abah Sheila, semuga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman...Amin
Al-Fatihah..... Takziah Cikgu sheila!
Salam Takziah !
Hari ni...Genap sebulan abah pergi...Walaupun kehilangan orang yang amat disayangi...Syukur...diri ini masih dlingkungi dengan sahabat-sahabat yang memahami kesengsaraan hati ini...Special thanks to my sis hani...u r alwiz b my side when I need u...Hanya Allah dpt membalasnya...
The pleasure is mine..u r always close to our hearts, u know that.
Post a Comment