Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, November 28, 2009

Tuhan lebih tahu..

Ada hari saya gembira
Ada hari saya merasa sangat tertekan
Ada masa saya rasa mahu hidup seribu tahun lagi
Ada kala saya mahu tidor dan tidak bangun2..
Hidup ini payah, amat payah..
Hanya yang bertuah dapat segala yang di impikan.
Yang lebih bertuah dapat bersabar bila dirundung duka
Yang paling bertuah, menerima kekalahan dgn redha.
Saya tidak tahu dikumpulan mana saya sekarang.
Kerana sungguh saya jahil dan tipis iman.
Saya tidak mahu berakhir dengan kesesatan, nauzubillah sungguh tidak mahu.
Saya juga tidak larat lagi menanggung segala kekusutan .
Saya cuma berharap Tuhan menduga saya dengan dugaan yang mampu saya tanggung.
Kerana Dia tahu kemampuan saya.
Siapalah saya, sekadar debu yang berterbangan.
melukut di tepi gantang.

5 comments:

Memorable trails... said...

As you say hani,tuhan tidak akan menduga kita dgn sesuatu yg kita tak mampu menanggung.
I think you are a strong wonderful woman!
Insyaallah happiness awaits you at the end of the tunnel.
Oh ya ,ingatkan pasar yang you pegi tu yang dok alek Siam tu, pasar mundok.Maklumlah kita ni pendatang..

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, Cikgu Hani, Selamat Hari Raya Aidil Adha, lama tak post komen untuk cikgu. Harap cikgu bersabar yee dengan segala dugaan yang mendatang, saya rasa cikgu berada dalam kumpulan Orang Yang Paling Bertuah kerana menerima kekalah dengan redha. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui sejauh mana kekuatan cikgu untuk menghadapi dugaannya dan Dia pasti tidak mendatangkan dugaan yang tidak mampu cikgu tanggung..
Wassalam.

Maiyah said...

nape kak, moga tabah

Perempuan Kalis Peluru said...

akak..tu maksudnya, kita kena bersyukur sbb dapat idup macam manusia normal
kalau x normal
hari2 dia gembira, hari2 dia bermuram durja,hari2 dia gila.hahah

nway..itulah resam hidup kak..ade pasang surut.
selamat menjalani kehidupan kak!~!

Unknown said...

kak wer..."hidup ini tidak pernah semudah yang
kita janjikan" -Kopratasa-
'Hidup ini sekolah..diplomanya MATI'
-wanzariman-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...