Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 19, 2009

Mengimbau kenangan...

Petang ni kita nak ke syesen KTM untuk menjadi salah seorang penumpang keretapi malam ke Johor. Terkenang zaman dulu dulu, naik keretapi dari Wakaf Baru ke Tanjung Malim...Itu 28 tahun dulu, time muda belia lagi.Seronok masa tu sebab kalau musim cuti bukan kita sorang tapi hampir seluruh ruangdalam keretapi di penuhi dengan kawan2 satu maktab. Bila tiba di steyen seterusnya, bertambah la penumpang dari maktab perguruan yang berdekatan.
Selalunya kita orang bising la menyanyi2 dan gelak ketawa usik mengusik.Orang lain yang berada dalam coach yang sama turut senyum dan tak kurang jugak yang menyampah dengan keletah kita orang..Masa tu dunia ini aku yang punya, mana lah kita kisah orang nak marah ke, jeling ke..janji kita happy.Manis nya zaman remaja.
Wahai Mas, Aman, Om,Asiah Rosnah,Leha,Zu dan Ain di mana kamu sekarang?Sihat kah? Bahagia kah?Pernah tak sekali dalam kehidupan mu itu kau orang teringat kan aku?
Aku la ni.
Yer, Hani yang dulu kurus melidi dan kuat ketawa tuh..
Hani yang kaki bangku dan hampir nangis masa Pn. Kathy paksa buat lompat tinggi dan lontar lembing.
Hani yang menggigil kesejukan kena rendam dalam Sungai Bernam masa perkhemahan di tahun satu...
Hani yang ikut kawan2 curi kuar ke Templers Park dan menyusahkan orang lain, nangis nak balik kerana takut kena tangkap warden.
Hani yang screem kuat sgt( Satu maktab boleh dengar) bila berdepan dengan seekor lipas.
Hani yang hampir2 menjadi menantu lecturer...(nasib baik terselamat!!!)
Hani ini masih macam dulu..yang beza hanyalah fisikal yang di pengaruhi usia.Tapi jauh di sudut hati, Hani ini masih lagi Hani yang korang kenali..Masih lagi melindungi duka di sebalik senyuman, masih lagi memburu mimpi...
InsyaAllah,Keretapi malam ini akan terus meluncur di landasan..Membawa kita ke alam kenangan yang tak pernah hilang dari ingatan.

(Bye bye..InsyaAllah, balik nanti kita bersua lagi di sini.)

4 comments:

maiyah said...

kenangan tu.. kali akhir sy naik kete api ni tahun 1999

sukrinah said...

Nie, setiap orang pasti ada kenangan..... Naik keretapi ni dengan kawan2 mesti syokye... this is one of the something that i missed to do when young but never had...

chehassan said...

Salam cikgu Hani, Macam cerita Ali Setan pulak... Sekali sekala naik keretapi bagus juga. Saya bercadang nak ke Bangkok, naik keretapi dari Sungai Petani.

Tok Ngah said...

Ya,KTM (satu2nya 'mark' yg bumi dipijak ini adalah tanah Melayu), still remember standing (tidur pun bediri) all the way from KL to Wakaf Bharu for Hari Raya dgn segala kemasaman, kehangitan, kehamisan ...

.....and the kids are complaining when 3 have to share the backsit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...